Friday, April 18, 2014

Keberkesanan pengurusan sekolah bergantung kepada kemampuan guru besar - Muhyiddin



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan
 Sijil Anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua dan Guru Besar 
Sekolah Tasik Chini, Akit Huat pada Majlis Anugerah Tawaran Baharu 
Guru Besar Tahun 2013 Bidang NKRA Pendidikan 
di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini. 
 
SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keberkesanan pengurusan sesebuah sekolah bergantung kepada kemampuan guru besar menangani cabaran bagi memastikan semua sumber beroperasi dengan matlamat sama atau mempunyai "shared outcome".

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia sejajar dengan keperluan dan persekitaran semasa, terutama hasrat rakyat dan aspirasi sistem pendidikan.
Beliau berkata, penganugerahan Tawaran Baharu kepada guru besar bertujuan mengiktiraf kepimpinan sekolah yang berkesan bagi menghasilkan "outcome" yang dihasratkan.

"Pencapaian Sub NKRA Pendidikan Tawaran Baharu Guru Besar bagi tahun penilaian 2013 adalah 7.31 peratus daripada 7,746 buah sekolah rendah, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu pada kadar enam peratus.

"Sebanyak 566 buah sekolah dan 622 guru besar serta lapan guru penolong kanan yang sudah diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 22 Januari hingga 21 Februari lalu melepasi semua saringan termasuk memperoleh sijil audit tanpa teguran serta tiada kes tatatertib," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar Tahun 2013 Bidang NKRA Pendidikan di sini, hari ini.

sumber : Berita Harian

 

No comments:

Post a Comment