Thursday, April 3, 2014

Redeployment betulkan data anda...

Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan akan mengadakan pertukaran guru melalui konsep redeployment khususnya kepada guru-guru dan Guru Penolong Kanan yang berada terlalu lama di sesebuah sekolah. Redeployment ini akan dilaksanakan  secara berperingkat-peringkat dari kohort ke kohort. Umumnya mereka yang berada melebihi sepuluh tahun ke atas di sesebuah sekolah  perlu bersedia .

Asas perkiraan data lama berdasarkan pengkalan data "e-operasi". Perkara yang amat penting yang setiap orang guru perlu lakukan, update data dalam e-operasi iaitu tarikh  mula ditempatkan di sekolah semasa. Semakan data oleh Penolong Pengarah Data dan ABM mendapati ramai kalangan guru yang tidak mengemaskini data berkaitan menyebabkan mereka yang baru bertukar seolah-olah masih berada dua puluh tahun atau lebih di sesebuah sekolah. Jika data ini diambil kira bermakna mereka akan termasuk dalam senarai yang perlu diredeploymentkan.

Oleh yang demikian bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini  berlaku hasil dari kecuaian mereka sendiri maka semua guru MESTI mengemaskini tarikh mula ditempatkan di sekolah semasa apabila e-operasi dibuka semula selepas sesi permohonan e-gtukar. Kecuaian dan ketidakcaknaan tentang perkara ini oleh guru berkaitan atau pihak sekolah boleh menyusahkan mereka sendiri.


3 comments:

  1. Maaf tuan, saya sudah lama tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu, adakah perkataan "diredeploymentkan" memang telah di melayukan atau saja-saja dibuat untuk mudah. Apa kata guna "Penempatan Semula" atau "di tempatkan semula". Sekali sekala tengoklah drama Osman Baku.

    ReplyDelete
  2. Jabatan pendidikan kena memartabatkan jg bahasa melayu..MBMMBI.bahasa yg betul di mana2.bukan hanya dlm bilik darjah shj...

    ReplyDelete
  3. Takde makna pun..ada yg 18 thn satu sekolah..ok je

    ReplyDelete