KEMAMAN - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan kerjasama Sekolah Kecemerlangan Negeri mengadakan program handholding atau bimbingan terus kepada sekolah menengah yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai sekolah SBT. Pencalonan sekolah SBT mestilah memenuhi syarat asas iaitu berada pada Band 1.
Kedudukan band sekolah menengah dijangka dapat diketahui 23 April 2014 nanti namun BPSBPSK telah memilih SMK Mak Lagam, Kemaman dan SM Sains Hulu Terengganu (SAHUT) untuk program handholding pada 20 April dan 21 April 2014 berasaskan tahun lepas mereka telah berjaya mendapat band 1. Bagaimanapun mengikut Cik Suraya Hani, pegawai BPSBPSK jika ada sekolah lain yang termasuk dalam Band 1 dan memenuhi syarat-syarat pencalonan SBT mereka juga akan diberi program yang sama.
Fokus handholding kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun lepas di masa penekanan cara pengisian Annex 2.0 dalam portal ditekankan kerana melalui pengalaman sekolah rendah banyak yang tidak melepasi exit target yang barangkali kerana kesilapan pengisian dalam portal NKRA. Selain itu semakan aviden Annex juga ditekankan terutama mengenai aviden-aviden bagi proses verifikasi.
Berasaskan pemerhatian admin bahawa satu bengkel pengisian dan penyediaan aviden sangat wajar diberi kepada calon-calon SBT khasnya sekolah SKK kerana ramai yang kurang fahaman tentang Annex dan keliru tentang konsep serta termalogi tertentu. Langkah awal ini pastinya mampu memberi fokus dalam penyediaan diri ke arah SBT.
Kita berharap dengan bimbingan seupama ini sekolah-sekolah yang telah lama menjadi SKK lebih yakin dan bersedia ke arah SBT.
Sunday, April 20, 2014
Friday, April 18, 2014
Keberkesanan pengurusan sekolah bergantung kepada kemampuan guru besar - Muhyiddin
SHAH ALAM:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata keberkesanan
pengurusan sesebuah sekolah bergantung kepada kemampuan guru besar menangani
cabaran bagi memastikan semua sumber beroperasi dengan matlamat sama atau
mempunyai "shared outcome".
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia sejajar dengan keperluan dan persekitaran semasa, terutama hasrat rakyat dan aspirasi sistem pendidikan.

Beliau berkata, penganugerahan
Tawaran Baharu kepada guru besar bertujuan mengiktiraf kepimpinan sekolah yang
berkesan bagi menghasilkan "outcome" yang dihasratkan.
"Pencapaian Sub NKRA Pendidikan Tawaran Baharu Guru Besar bagi tahun penilaian 2013 adalah 7.31 peratus daripada 7,746 buah sekolah rendah, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu pada kadar enam peratus.
"Sebanyak 566 buah sekolah dan 622 guru besar serta lapan guru penolong kanan yang sudah diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti pada 22 Januari hingga 21 Februari lalu melepasi semua saringan termasuk memperoleh sijil audit tanpa teguran serta tiada kes tatatertib," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar Tahun 2013 Bidang NKRA Pendidikan di sini, hari ini.
sumber : Berita Harian
Monday, April 14, 2014
Redeployment Antara Negeri - Masuk ke Terengganu kuatkuasa 1 April 2014
Seramai 60 orang guru dari pelbagai opsyen dan dari beberapa negeri telah ditempatkan di Terengganu melalui kaedah penempatan semula ataupun redeployment yang berkuatkuasa pada 1 April lalu. Ada sesetengah rakan guru yang bertugas di pedalaman Sabah dan Serawak lewat menerima berita ini ataupun sebilangan kecil belum mengetahuinya. JPN telah melakukan pelbagai usaha sama ada memaklumkan secara telefon atau email kepada sekolah dan juga ppd/bahagian.
Kita berharap rakan-rakan mereka dapat saling memaklumkan mengenai perkara ini. Manakala kepada yang masih belum berpeluang pulang ke Terengganu harap bersabar dan kemukakan permohonan secara online e-gtukar sekarang dan rayuan pertukaran kemudian.
Senarai penuh guru terbabit redeployment 1 April 2014. KLIK

Saturday, April 12, 2014
Sembang Sabtu : Untuk siapakah DG42 ?
Pada 24 Mac 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Sumber Manusia (BPSM) selaku urusetia naik pangkat telah mengeluarkan iklan Urusan Naik Pangkat bagi Pegawai Pendidikan DG29,DG32,DG34 dan DG38 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke gred DG42. Ini adalah proses pelaksanaan urusan yang telah ditetapkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 Tahun 2013, "Penggabungan Skim Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Pekhidmatan Lepasan Diploma".
Di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 40 Tahun 2013 urusan DG29,DG32,DG34 dan DG38 ke DG42 ialah urusan naik pangkat dengan calon-calon memenuhi:
Kita menerima pelbagai pertanyaan yang sukar dan kurang jelas untuk dijawab. Ada yang bertanya perlukah mereka yang telah dilantik ke DG41 memohon ke DG42? Ada yang berpendapat kalau habis belajar mohon DG41 dapat satu kenaikan, kalau mohon DG42 hanya pindah gaji terdekat sahaja. Ada pula mengatakan ppld yang tidak boleh sambung belajar kemudian pergi kursus nanti dapat dilantik ke DG42. Macam-macam lagilah. Benda baru banyaklah hujah dan spekulasinya.
Pada pandangan admin sekali pandang seakan ada dua pihak yang berkuasa melantik pegawai ppld yang sambung belajar. Satu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang bertanggungjawab melantik mereka yang baru dan sambung belajar ke gred awal siswazah DG41. Kedua ialah Lembaga Naik Pangkat Pegawai Pendidikan dari ppld ke gred naik pangkat siswazah DG42. Walaupun nampak berbeza tetapi skim gaji yang ditawarkan adalah sama.
Justru itu adalah lebih molek dan tersusun jika selepas ini dan seterusnya ppld yang sambung belajar dan memperolehi ijazah dilantik ke gred naik pangkat DG42 terus dan tidak perlu lagi memohon ke SPP untuk dilantik kerana sewaktu awal perkhidmatan mereka dilantik dan telah disahkan dalam perkhidmatan oleh SPP. Rekod perkhidmatan mereka diteruskan dengan urusan pelantikan dan pengesahan kenaikan pangkat dari BPSM dari satu tahap ke satu tahap. Sementara bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan baru keluar dari Universiti atau IPGM peranan pelantikan dan pengesahan jawatan dilaksanakan seperti mana sekarang oleh SPP.
Begitu juga bagi memberi keadilan kepada ppld DG41 dan DG42 asas kenaikan pangkat ke DG44 adalah sama seperti sekarang di mana mereka boleh menggunakan perkhidmatan 3 tahun semasa ppld sebagai satu tahun siswazah dan masa lantikan ke gred masing-masing (DG41 dan DG42) sebagai asas perkiraan untuk ke DG44. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kesatuan-Kesatuan Guru yang berjuang perkara ini dan terima kasih kepada kerajaan yang mempermudahkan urusan ppld yang sam bung belajar ke skim siswazah.
Selain isu di atas yang jelas termaktub dalam pekeliling cara penyelesaiannya terdapat bertiup kencang dan hangat diperkatakan termasuk di media sosial bahawa mereka yang berumur lima puluh ke atas dan tiada kesempatan untuk sambung belajar akan diberi kursus khas untuk membolehkan mereka dilantik ke jawatan naik pangkat DG42. Betul ker ? Bahkan kurikulum oleh insitusi latihan juga telah ada disiapkan. Dan dikatakan latihan berdasarkan mengikut kohort. Dengar kata perbincangan peringkat tertinggi kesatuan dan KPM juga telah ada. Jika benar bagai digembar-gemburkan bersyukurlah. Mana-mana guru yang berminat, sihat dan bertenaga lagi untuk berkhidmat tentu merasa gembira jika ini benar-benar menjadi kenyataan.
Walau bagaimanapun kita juga harus tidak lupa sejarah dan perlu mengambil iktibar. Jangan bila terdengar guruh di langit air tempayan dicurahkan. Kita takut kuat lajak pada laju hasil ketidak fahaman tentang dasar dan sesuatu perkara. Saya masih teringat satu ketika dulu sewaktu NPQH diperkenalkan ramai guru-guru muda memohon dengan harapan jika habis NPQH mereka boleh dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar. Kesilapfahaman tentang dasar dan asas naik pangkat menyebabkan ramai kalangan mereka kecewa kerana tidak dapat dilantik kerana terlalu muda dan tidak masuk bakul. Sebilangan kecil hanya layak dilantik GPK dan menyambung belajar melalui NPQH itu dan hingga kini kekal sebagai GPK DG44(KUP). Mulai Julai 2014 yakni selepas sepuluh tahun lebih barulah benar-benar kita melaksanakan NPQEL sebagai syarat wajib menjadi Guru Besar. Mereka yang sudah ada NPQEL telah memiliki ijazah dan memegang jawatan GPK tidak lagi peluang menjadi Guru Besar.
Oleh yang demikian kita benar-benar berharap agar kaedah dan makanisme kursus dan pelantikkan ppld yang tidak berpeluang sambung belajar ke DG42 benar-benar konkrit dan selari dengan prinsip serta dasar yang ditetapkan . Kita tidak mahu ianya sebagai panglipulara sahaja. Alasan kita dulu berjaya berjuang dari sijil kepada diploma bukanlah alasan untuk kita memperjuangkan perkara ini dengan selesa kerana ia agak berbeza. Apatah lagi dalam persijilan guru , ada yang dilaksanakan 3 tahun dan ada yang termasuk praktikum tidak kurang dari dua tahun setengah. Maka adalah munasabah jika taraf sijil dinaikkan ke diploma perguruan apa lagi asas kemasukan ke maktab perguruan atau ipgm SPM dan STPM.
Rasanya tidak perlu saya ulas dan kupas panjang dan mendalam. Cukuplah cetusan sedikit untuk sama-sama kita merenung dan berfikir agar kita jangan terlalu melangkolik dengan ilusi yang belum tentu lagi ada kepastiaan. Apa yang penting kita perlu mantapkan barisan dan melaksanakan agenda pendidikan bangsa dengan sepenuh jiwa dan tenaga. Inilah natijah perjuangan paling besar kita. Insyaallah Allah akan mencampakkan rezeki dan maruah serta martabat kita melalui pimpinan kita yang ada. Kita percaya KPM dan kerajaan akan sentiasa melaksanakan tranformasi perkhidmatan perguruan dari masa ke semasa.

- disahkan dalam perkhidmatan
- mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
- memiliki ijazah sarjana muda dan yang setaraf
- diperaku oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan

Friday, April 11, 2014
Renungan Jumaat : Misteri Kaabah Yang Menggemparkan NASA
Neil
Amstrong telah membuktikan bahawa kota mekah adalah pusat planet bumi. Fakta
ini telah diteliti melalui penelitian ilmiah.
Pertama kali
Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dia mengambil gambar planet
bumi lalu dia berkata “Planet bumi tergantung di kawasan yang sangat
gelap,siapakah yang menggantungnya
Para
astronomi menemukan yang planet bumi ni mengeluarkan 1 radiasi, secara rasminya
beliau menggumumkan di internet tetapi selepas 21 hari, website tersebut telah
dihapuskan seperti ada alasan yang tersembunyi. Setelah melakukan penelitian
lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di Kota Mekah, tempat yang
lebih tepat adalah di Ka’bah.Yang lebih mengejutkan adalah radiasi tersebut
bersifat infinite(tanpa penghujung),hal ini dibuktikan ketika mereka mengambil
gambar dari planet Marikh.Para ilmuwan Muslim mempercayai bahawa radiasi ini
mempunyai karekteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan
Ka’bah di alam akhirat.
Ditengah-tengah
antara kutub utara dan kutub selatan, ada sesuatu yang bernama ‘Zero Magnetism
Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka
jarum kompas tersebut tidak bergerak kerana daya tarikan yang sama besar
diantara dua kutub tersebut. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah,
maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh
kekuatan gravitasi yang kuat. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi
Ka’bah kita seperti dicas berulang kali oleh tenaga yang misteri, fakta ini
telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian
yang lain adalah pengungkapan batu Hajar Aswad yang merupakan batu tertua
didunia dan juga boleh mengambang di air. Disebuah muzium inggeris juga
terdapat 3 bongkahan batu-batu tersebut (dari Ka’bah) pihak muzium disitu
berkata bahawa bongkahan batu-batu tersebut berasal dari sistem tata suria
kita. Rasulullah SAW bersabda: “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga,
warnanya lebih putih dari susu, dan dosa-dosa anak Adamlah yang membuatkannya
menjadi hitam”
Sunday, April 6, 2014
Selagi bernama guru sememangnya kita diwajibkan mengajar
Pagi tadi kami menerima panggilan telefon dari seorang pegawai di salah sebuah PPD bertanyakan waktu mengajar Guru Besar. Kami merasa hairan mengapa isu jumlah waktu mengajar Guru Besar ditimbulkan. Adakah ada Guru Besar di daerahnya yang mengajar kurang dari 5 waktu seminggu atau terlalu banyak waktu atau tidak mengajar langsung. Kami kata rujuk dalam blog ini ada pekeliling waktu mengajar Guru Besar dan juga Guru Penolong Kanan.
Sebenarnya kita tidak merasa terlalu pelik bila mana ada Guru Besar yang mengajar tidak mengikut sebagaimana pekeliling yang ditetapkan. Pengalaman pemantauan kami ada Guru Besar yang mengajar kurang dari 5 waktu seminggu sedangkan dalam pekeliling sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu. Apa yang menariknya Guru Besar berkaitan ikut sahaja apa yang disediakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Guru Penolong Kanan Pentadbiran menggunakan sumber kuasa mana kita kurang pasti.
Sebenarnya perlanggaran apa sahaja pekeliling atau arahan pentadbiran merupakan kesalahan yang serious. Jika sekolah kita layak untuk apa-apa pencalonan seperti Bai'ah, SKK, SBT yang melibatkan verifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ketidakakuran kepada pekeliling atau sumber kuasa yang ada menyebabkan ia terkeluar dan tidak layak dinilai. Soal kita masuk mengajar atau tidak adalah soal kedua. Namun jika peruntukan waktu mengajar terang-terang melanggar dasar ia adalah satu kesalahan yang tidak patut berlaku. Kita percaya ada kalangan Guru Besar ataupun Guru Penolong Kanan tidak mematuhi pekeliling jumlah waktu mengajar kerana kerap terdapat rungutan dan aduan tentang perkara tersebut.
Sememangnya selagi kita bernama guru dan berada di sekolah salah satu kerja utama ialah mengajar. Kita percaya semua guru akan seronok bila mana Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan apalagi mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Situasi ini memberi motivasi kepada guru-guru dan juga membuktikan teori saikologi dan pedagogi yang kita war-warkan dapat kita laksanakan dengan berkesan.
Kita berharap kepada pegawai PPD dan rakan-rakan Majlis Guru Besar Daerah akan sentiasa dapat memimpin pengurusan sekolah terhadap perkara dasar dan pokok dalam pengurusan sekolah seperti pengurusan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran. Instrument penyeliaan dan pemantauan pdp telah ada dalam SKPM Versi 2010 dan Instrument Keseluruhan Aspek Pengurusan Sekolah boleh dimuat turun di sini. Pihak sekolah boleh menjadikan elemen dalam instrument ini sebagai asas persediaan pengurusan sekolah mereka.
Kita menekankan betapa pentingnya proses pdp kerana di sinilah bermula asas kemenjadiaan murid yang digariskan dalam PPPM. Janganlah kita hanya fokus bahawa pdp yang baik murid boleh lulus cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi di sinilah kemahiran berfikir dan kemahiran berfikir aras tinggi bermula. Di sinilah segala nilai baik dapat dibentuk dan dipupuk. Di sinilah bakat dan kebolehan boleh dikembang.. Justru inilah makmal melahirkan modal insan terbilang di sekolah di mana Guru Besar memainkan peranan sebagai Pemimpin Instruksional yang hebat dan berkesan. Jika di sini gagal maka gagallah pendidikan..

Saturday, April 5, 2014
Sembang Sabtu : Jangan bekerja secara sylo tapi perlukan networking
Rasanya sudah kerap benar pimpinan pendidikan kita peringkat negeri berpesan tentang perkara itu. Dalam makna yang lebih mudah hebat atau cemerlangnya kita tidak ada makna dan ertinya jika kita hanya sendirian sahaja hebat tetapi kita mahu membawa bersama orang lain juga hebat macam kita. Kalau kita guru yang hebat kita mahu kongsi kehebatan dan kemahiran kita dengan guru-guru lain agar mereka juga hebat seperti kita. Kalau kita Guru Besar yang hebat kita mahu anda bimbing orang lain juga hebat macam anda. Justru itu konsep networking amat penting dalam dunia hari ini dan menjadi agenda utama bagi mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerjabuat kita.
Begitu juga bila Pengarah Pendidikan Negeri pernah berkata" macam mana kita mahu dapat 20% lulus semua A dalam UPSR kalau Bahasa Inggeris sebagai kritikal subjek dalam kebanyakan sekolah atau daerah tidak pernah mencapai A dua puluh peratus pun". Cabarannya bukan sahaja sekolah atau daerah perlu memantapkan pencapaian masing-masing tetapi juga sekolah atau daerah yang bagus Bahasa Inggeris perlu membantu daerah-daerah lain. Ianya memerlukan pendekatan strategik dan perkongsian rangkaian bijak antara sekolah dan PPD. Jika sebuah PPD sahaja yang capai 30% straight A UPSR 2014 maka ia tidak akan memungkinkan negeri mencapai 20% straight A. Inilah tanggungjawab dan komitmen yang perlu dipikul bersama.
Secara lebih terperincinya budaya kerja sepasukan dan networking ini mestilah bermula dalam organisasi kecil di peringkat sekolah lagi. Berdasarkan pengalaman jika kita ingin murid berjaya cemerlang UPSR elemen kepimpinan, guru, ibubapa dan masyarakat perlu disepadukan. Guru Besar sebagai pemimpin perlu memimpin pasukan UPSR sekolah. Sama ada ia sebagai pengajar subjek UPSR atau Pengerusi Projek. Dia mesti arif dan faham melaksanakan perancangan dan plan tindakan strategik UPSR. Mampu memilih, memimpin dan membimbing guru-guru UPSR, ibubapa dan masyarakat terhadap kecemerlangan pendidikan khususnya UPSR. Networking seperti ini pasti mampu menarik steakholder menyokong dengan moral, tenaga dan wang ringgit.
Apalagi kalau sekolah mampu membina networking dengan pelbagai institusi yang ada dalam masyarakat. Saya yakin berasaskan pengalaman lalu gerakan sekolah akan menjadi gerakan massa kalau kena cara dan strateginya. Mereka nanti tidak segan-segan menyumbang dan meraikan kejayaan yang bakal dicipta. Persoalannya sejauh mana kita sanggup mengorbankan masa, tenaga serta mengasah kebijaksaanaan komunikasi untuk mempengaruhi potensi sekitar ke dalam rangkaian kita.
Kadang-kadang kita merasa hairan mengapa dalam satu oirganisasi ujudnya persaingan menonjolkan kehebatan diri secara personali. Kita biasa dengar rungutan para guru antara Guru Penolong Kanan tidak sebulu dan sehaluan. Guru Besar dengan GPK ada konflik. Guru-guru berklik dan berkumpulan dalam kumpulan organisasi. Walhal bila kita bicara soal organisasi ia adalah kombinasi status dan hubungan kerja pelbagai peringkat yang perlu berhubung dan saling berkait antara satu sama lain. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab memantap dan menjayakan organisasi. Jika sekolah mahu UPSR Cemerlang, tukang kebun pun ada peranan. Setidak-tidaknya tidak memesin rumput dekat kelas petang atau pagi murid Tahun 6 sedang belajar. Mereka mesti memilih hari yang sesuai. Mereka tidak boleh sylo semata-mata untuk menjayakan kerjabuat tanpa mempertimbangkan kepentingan organisasi.
Jika ahli organisasi tidak merasai kekecewaan atas setiap kegagalan organisasi, tidak merasai gembira atas kejayaan organisasi maka inilah petanda gagalnya kepimpinan organisasi menerap nilai-nilai kekitaan dan kebersamaan. Organisasi seperti ini tidak akan ke mana bahkan sebagai sarang membiakkan virus konflik.Ianya perlu dirombak dan disusun semula agar lebih dinamik. Hanya organisasi yang dinamik mampu untuk membina jaringan dan jalinan agar menjadi yang lebih hebat.
Apapun sikap prajudis tidak bertempat sesetengah pemimpin organisasi yang melihat kehebatan bomoh di kampung sendiri sebelah mata menyebabkan banyak peluang terlepas begitu sahaja. Saya mendapat maklumat dari empat Guru Besar SBT dan tujuh Guru Besar SKK Terengganu di mana bilangan sekolah dalam negeri yang melawat sekolah mereka sangat mendukacitakan.Sedangkan pelawat dari negeri dan negara luar berebut-rebut datang. Mereka membina networking dengan sekolah-sekolah ini sedangkan sekolah-sekolah dalam negeri sendiri sylo dengan kehebatan sendiri. Inilah sikap dan budaya yang sukar untuk diubah. Apresiasi dan kemahuan untuk belajar dengan rakan-rakan berjaya masih rendah. Walhal kita tahu bagaimana Jepun dan Cina berjaya adalah kerana mereka belajar dan meniru kejayaan barat.
Sesungguhnya dalam mana-mana kejayaan besar dan hebat hanya boleh dicapai dengan networking apalagi dalam konteks dunia tanpa sempadan bukan dengan cara bergerak sendirian atau sylo. Kata orang, dua biji kepala lebih baik dari sebiji kepala....

Friday, April 4, 2014
Renungan Jumaat : Lima Cara Bersabar Menghadapi Musibbah
Sabar adalah salah satu kunci
keberhasilan, ada ungkapan “man sabara dhafara” barang siapa bersabar maka akan
memperoleh (yang dicita-citakan). Ada perkaitan antara sabar dan syukur,
keduanya seolah seperti adik dan kakak. Sabar biasanya ditujukan kepada orang
yang berduka sedangkan syukur ditujukan kepada orang yang memperoleh
kenikmatan. Kedua perbuatan ini tidak mudah, meskipun kelihatan lahirnya mudah
bersyukur ketimbang bersabar. tetapi memerlukan ketelitian bertindak. Tidak
sabar membuat putus asa sedangkan tidak bersyukur melahirkan kerakusan
tersendiri.
- Ingatlah selalu akan nikmat Allah, bukankah lebih banyak nikmat yang diberikan daripada musibah yang ditimpakan kepada hambanya. Kalau anda umur 30 tahun, dan sekarang ini mendapat musibah selama satu tahun saja, itu artinya Allah masih banyak mencurahkan nikmat daripada musibah. Rasulullah mewanti wanti agar selalu mengingat Allah dalam keadaan lapang, maka Allah pasti akan selalu mengingat dalam keadaan sempit
- Tidak ada kesulitan yang terus menerus, Allah menciptakan makhluknya berpasang pasangan, ada laki-perempuan, bumi-langit, siang-malam, dan Allah pasti menciptakan kesulitan dan jodohnya yaitu kemudahan. Kalau saat ini belum juga dipertemukan, anggap saja seperti seseorang yang masih dalam tahap pencarian jodoh. Al Qur’an mengingatkan hal itu berulang kali (QS.al Insyirah: 5-6)
فَإِنَّ مَعَ
الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
"Karena sesungguhnya sesudah
kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"

- Tanamkan dalam lubuk hati yang dalam bahwa kunci keberhasilan adalah sabar, Ayam yang ingin menetaskan telur saja harus bersabar meng-erami telurnya 21 hari, dalam kondisi yang demikian ayam tidak makan dan tidak minum (baca: puasa) kecuali benar benar perlu.
- Kalau kondisi sudah benar benar dalam kondisi klimaks, maka ingatlah dengan perkataan Ali ra;
الصَبْرُ
مِنَ الأمُوْرِ بِمَنْزِلَةِ الرَّء سِ مِنَ الْجَسَدِ
Sabar dalam sebuah masalah itu
(bagaikan) kedudukan kepala dalam jasad.
Alangkah mengerikannya jika
menghadapi masalah tidak sabar,
seperti mengerikannya jasad yang tak berkepala.

- Musibah yang bukan karma, adalah ujian saja. Berbahagialah orang yang sedang di uji oleh Allah kerena ia akan naik peringkat. Kalau anda ingin menyelesaikan jenjang pendidikan pastinya ujian adalah masa yang paling mendebarkan dan moment yang di tunggu tunggu.
Thursday, April 3, 2014
Kerajaan Jamin Tiada Unsur Bias Dalam Sistem PBS - Kamalanathan
KUALA LUMPUR,
3 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan memberi jaminan tiada unsur bias
dalam pemarkahan pelajar menerusi sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
yang dilaksana bermula 1 April lalu.
Timbalan Menterinya P. Kamalanathan berkata ini kerana pemarkahan yang dibuat oleh guru akan dinilai oleh jawatankuasa pemeriksa luar yang akan dilantik oleh kementerian.
"Jawatankuasa ini akan menilai cara soalan diperiksa di sekolah, maka tidak wujud bias," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau turut meminta semua pihak terutama ibu bapa, agar memberi kerjasama kepada guru bagi membolehkan PBS yang sudah ditambah baik itu dapat dilaksana dengan berkesan.
"Kita harus percaya kepada guru yang akan melaksanakan tugas ini...saya percaya semua guru akan melakukan yang terbaik dan tidak akan sesekali inginkan yang tidak baik untuk murid," katanya.
Kamalanathan juga berkata sistem PBS yang ditambah baik itu mengurangkan 80 peratus bebanan tugas guru memandangkan pelaksanaannya tidak lagi secara dalam talian.
Beliau turut meminta ibu bapa menaruh keyakinan kepada sistem PBS dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Sistem ini dipraktik di beberapa negara maju dan hasilnya amat memberangsangkan...maka PBS tidak lain bertujuan memartabatkan sistem pendidikan," katanya.
Dalam masa yang sama kata Kamalanathan, kementerian itu sentiasa terbuka menerima pandangan pihak berkepentingan untuk terus memperbaiki sebarang kelemahan dalam PBS.
-- BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)