Sudah kerap benar kita baca runggutan calon GPK daerah Dungun tentang pengisian khususnya daerah Dungun melalui Cbox. Ada calon yang telah melalui permohonan dan temuduga belum ditawarkan lagi. Kita amat faham kegelisahan mereka. Bukannya mereka teringin sangat jawatan GPK tetapi mereka takut surat tawaran atau pelantikan DG34 (KUP) atau DG41 (bagi yang belajar) sampai awal sebelum dilantik GPK. Jika hal itu berlaku maka tertutuplah peluang mereka untuk menjadi GPK. Jawatan yang ditolak ramai terutama yang mengajar subjek dalam PPSMI suatu masa dahulu.
Tahun 2014 adalah tahun yang agak malang bagi calon GPK dan Guru Besar daerah Dungun. Ini adalah kerana setakat ini kekosongannya amat sedikit bahkan bagi jawatan Guru Besar hingga kini tiada kekosongan. Calon-calon baru Guru Besar terpaksa berhijrah ke daerah lain dan masih ramai Guru Besar dari daerah Dungun berada di luar daerah Dungun seperti di Kemaman dan Hulu Terengganu.
Dari persepektif yang lain, ianya menggambarkan hebatnya daerah Dungun di mana mereka mampu menyediakan calon-calon Guru Besar hingga dilulus oleh panel negeri dan KPM. Justru ketiadaan kekosongan dalam daerah maka mereka perlu berkorban berkhidmat di luar dan Insyaallah bakal kembali bertugas di daerah asal. Berhubung pengisian GPK setakat ini di daerah Dungun amat terhad sedangkan kita ada tiga kumpulan calon. Pertama tiga orang calon yang dilulus kembali secara khas oleh Lembaga Naik pangkat untuk dilantik semula jawatan GPK setelah meletak jawatan kerana mendapat DG34(KUP), seorang calon pemangkuan ke DG32 dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan ketiga calon-calon penghakikian dari DG32(KUP) ke DG32 hakiki.
Setakat ini dari tiga calon kelulusan khas itu satu telah dilantik, satu lagi bakal dilantik. Calon pemangkuan DG32 dari BPSM telah dilantik. Apabila seorang lagi calon kelulusan khas dilantik maka kekesongan hingga Disember akan diisi oleh calon penghakikian. Soalnya berapa ramai boleh dilantik bergantung kepada berapa ramai GPK yang kosong sama ada kekesongan disebabkan GPK naik pangkat Guru Besar, berpindah daerah atau ke jawatan penyelia di PPD, bersara ataupun meninggal dunia. Kefahaman tentang prinsip perjawatan ini amat penting supaya mampu menyembunyikan kedangkalan kita tentang apa yang berlaku.
Sebagaimana yang kita tegaskan, sekarang ini kita tidak akan menawarkan jawatan GPK ke daerah lain kerana ranking kita berasaskan daerah. Daerah-daerah lain juga telah mempunyai calon mereka dan mana-mana daerah yang tidak cukup calon boleh membuka pencalonan dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan.
Kita berharap penjelasan ini mampu memberi kefahaman kepada calon-calon GPK khususnya daerah Dungun tentang hakikat sebenar yang berlaku. Kita sangat menghargai dan berterima kasih di saat orang lain telah memandang sebelah mata jawatan GPK dengan adanya DG34 (KUP) masih ada para guru yang setia rela dan penuh dedikasi untuk memikul amanah sebagai pentadbir atau GPK. Apapun kita mesti percaya jika telah dijodohkan rezeki kita dengan jawatan itu pastinya ia akan tiba jua...
Monday, March 31, 2014
Sunday, March 30, 2014
Perubahan, kadang kita sendiri tidak perasan tentangnya
Selalunya bila kita lama tidak bertemu seseorang dan apabila bertemu kita akan dapat mengesan perubahannya dengan cepat. Misalnya ia semakin gemuk atau semakin kurus. Begitu juga pengesanan orang lain terhadap diri kita. Kadang kita kurang perasan bahawa kita berubah. Apa yang kita tahu seluar semakin ketat dan baju semakin sendat apalagi bila umur telah meningkat yang kadang juga sering lupa dan tidak ingat.
Begitulah lumrah putaran hidup. Hakikat yang perlu kita akur walaupun kurang perasan tentangnya. Begitulah juga tentang posting blog ini. Bila dibangkitkan oleh pembaca baru kita perasan bahawa posting-posting tentang pelbagai isu pendidikan khususnya semakin kurang. Tidak sekerap dan seaktif macam beberapa tahun dahulu. Sesungguhnya apa yang disuarakan itu memang benar dan saya selaku admin blog ini juga perasan tentangnya. Banyak sebab dan perubahan yang berlaku mengapa jadi demikian...,
Walaupun perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan maju namun ia tidak seiring dengan keperluan dan kehendak pengguna. Kecekapan penyedia rangkaian internet masih lemah pada saya. Di rumah saya menggunakan perkhidmatan streamyx 1 Mb tetapi kepantasannya sangat lembab dan banyak kali saya komplain pada TM namun begitulah adanya. Situasi ini menyebabkan semangat untuk update blog merudum. Situasi sama atau lebih teruk juga berlaku bagi talian di pejabat selain dua talian broadband dari syarikat berlainan. Ianya sangat mengecewa dan menyakitkan hati. Tapi apa hendak buat nafsu besar tenaga kurang. Jika beginilah servis internet untuk menuju sebuah negara maju entahlah sampai atau tidak destinasinya.
Selain itu perkembangan facebook ,instgram, wahatsapp yang lebih pantas,cepat dan mudah untuk perkongsian maklumat melalui telefon pintar juga memberi kesan kepada blogger untuk up date blog. Kadang-kadang kita merasa berita atau info kita sudah basi kerana telah ada lebih awal dalam facebook dan sebagainya. Adakalanya blogger team gemar menaikkan gambar peristiwa atau aktiviti dalam fb dari menulisnya dalam blog. Perubahan kepantasan menghantar maklumat ini menjadikan blog mula ketinggalan.
Selain dari itu bermacam-macam iklan tanpa diundang mengganggu blog dan kadang-kadang melambatkan proses menulis apalagi bagi kita yang menulis terus secara online. Keadaan ini menyebabkan komputer kadang "hang" . Ini tentunya membosankan penulis blog.Situasi ini menyebabkan usaha-usaha untuk "up date " blog tertangguh apalagi dalam masa yang sama kita bersaing dengan timbunan kerja atau melaksanakan tugas-tugas luar yang sukar untuk capaian internet.
Sebenarnya perubahan-perubahan ini berlaku tanpa kita perasan dan sedari. Ini menunjukkan betapa pesat dan pantasnya teknologi ict. Perubahan-perubahan ini sama ada menenggelam terus apa yang kita ada bergantung kepada kita. Hari ini biarpun buku elektronik ada namun buku sebenar masih diminati dan dibaca. Begitu juga bagi penulis blog yang suka menulis dan berfikir akan sentiasa menulis kerana itulah kepuasan dan keseronokan bagi mereka. Walau apapun ianya sedikit sebanyak perubahan yang berlaku juga memberi kesan kepada mereka. Justru itu kadang-kadang sokongan rakan, kawan dan peminat akan terus menyemarakkan semangat untuk terus menulis...
Untuk menjadi manusia yang hebat dan berupaya berdepan dengan masa depan yang lebih kompleks kita perlu peka dengan perubahan yang berlaku. Kita perlu cakna dan peduli supaya kita dapat menyediakan plan perancangan yang sesuai dan serasi dengan perubahan. Kita pasti akan tetap hidup dengan hebat bila mampu menguasai perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Begitu juga dunia pendidikan kita yang pantas dan pesat berubah. Hebatnya kita sebagai guru bila kita juga seiring meletakkan diri dengan perubahan itu....

Peranan guru penting tingkatkan prestasi akademik
GURU perlu mengatur strategi dengan menggunakan bahan tambahan mengajar termasuk akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor dalam melengkapkan persiapan pelajar menghadapi peperiksaan, kata Mohd. Idris Ramli.
Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak itu, penggunaan akhbar pendidikan Tutor SPM yang ditaja oleh kerjaan negeri ke 164 sekolah menengah terpilih adalah sebahagian daripada usaha dan inisiatif dalam memberi kemudahan pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.
''Kita mahu Tutor SPM ini menjadi alat bantu mengajar dan menjadi rujukan pengajaran oleh setiap guru dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya penggunaan akhbar pendidikan berkenaan di sekolah masing-masing,'' katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Program Amanjaya Gemilang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014-2015 dan menandatangani memorandum persefahaman antara Utusan Melayu (M) Bhd. dengan Kerajaan Negeri Perak berhubung tajaan akhbar pendidikan Tutor.
Pelancaran program itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Ipoh, Perak baru-baru ini.
Mohd. Idris berharap, inisiatif yang diambil kerajaan negeri dengan menaja Tutor SPM itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru di sekolah terlibat.
''Anggap sahaja Tutor SPM ini sebagai bahan nilai tambah kepada strategi pelaksanaan yang sedia ada di sekolah dan pastikan adanya impak terhadap penggunaan bahan akhbar ini," katanya.
Menurutnya, apa yang penting para guru perlu menyusun strategi yang berkesan dalam penggunaan Tutor SPM di sekolah masing-masing bagi mendapat impak yang diharapkan.
Selain itu, ujar Mohd. Idris, inisiatif kerajaan Perak menaja Tutor SPM di sekolah menengah di negeri itu membuktikan komitmen pihak tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menjadikan Perak antara negeri terbaik dalam pencapaian akademik.
"Bagi Jabatan Pendidikan negeri, usaha mengedarkan Tutor SPM ke sekolah terlibat amat dipuji dan sewajarnya menjadi perangsang semangat kepada sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah pada masa depan," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia

Wednesday, March 19, 2014
80% beban guru berkurangan
KUALA LUMPUR 18 Mac - Bebanan yang ditanggung para guru
menerusi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kini berkurangan 70 hingga 80
peratus kerana mereka tidak perlu lagi mengisi dan merekodkan penilaian pelajar
ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata,
guru-guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline
selepas pelaksanaan PBS diteruskan semula dengan beberapa penambahbaikan pada 1
April ini.
Menurut beliau, langkah itu merupakan penyelesaian kepada
isu merekodkan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara
dalam talian yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.
"Yang jadi beban dahulu ialah kerana semua data penting
termasuk eviden dan deskriptor perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer
berpusat secara dalam talian tetapi sekarang tidak perlu lagi.
"Bukan sahaja data tidak perlu disimpan secara dalam
talian tetapi eviden dan deskriptor dikurangkan. Maka, ini akan mengurangkan
antara 70 hingga 80 peratus beban yang ditanggung oleh guru-guru
sekarang," katanya dalam sidang akhbar bagi mengumumkan penambahbaikan PBS
di bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris
Jusoh; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Timbalan
Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.
Pemimpin-pemimpin kesatuan guru yang hadir ialah Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan; Setiausaha
Agung NUTP, Lok Yim Pheng; Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan
Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Datuk Jemale Paiman; Yang Dipertua
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM), Muhamad Khailani Abd. Jalil dan Yang
Dipertua Majlis Gabungan Guru Besar Malaysia (MGGBM), Ruslan Madun.
PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2011 dan di
sekolah menengah mulai 2012, namun Kementerian Pendidikan pada 11 Februari lalu
telah membuat keputusan untuk menangguhkan dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Tindakan itu diambil berikutan keluhan para guru bahawa
mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke
dalam sistem komputer berpusat.
Ibu bapa tidak pasti bagaimana prestasi dinilai terutama
pelajar tingkatan tiga yang merupakan kohort pertama PBS.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menambah, kementerian
menetapkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Beliau memberitahu, langkah penambahbaikan itu membolehkan
guru-guru merekodkan tahap penguasaan pelajar mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri.
"Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada
ibu bapa," ujarnya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, pihak sekolah boleh
menyediakan laporan pencapaian ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun
atau peperiksaan akhir tahun untuk ibu bapa yang ingin mengetahui tahap
pencapaian anak mereka.
Menurut beliau, guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail
Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit manakala perekodan
perkembangan pembelajaran pelajar boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa
mereka.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata, latihan dan
taklimat berhubung penambahbaikan PBS akan diadakan secara berterusan kepada
pegawai-pegawai di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah,
pentadbir sekolah dan guru-guru.
"Saya fikir memang perlu ada penerangan supaya tidak
berlaku salah faham. Kita buat kursus selama dua atau tiga hari mengikut
kesesuaian," jelasnya.
Tambah beliau, kementerian juga akan menganjurkan latihan
bagi memastikan guru-guru memahami konsep pentaksiran dan meningkatkan
kemahiran mereka memeriksa jawapan pelajar.
sumber : Utusan Malaysia
Monday, March 17, 2014
Guru tidak perlu masuk data
HULU LANGAT 16 Mac - Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat
pencapaian murid yang dinilai berdasarkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) ke dalam talian sebaliknya data berkenaan hanya perlu disimpan oleh para
guru untuk tujuan rujukan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri,
penambahbaikan itu dibuat selepas pihak Kementerian Pendidikan mengambil kira
pelbagai rungutan dan keluhan daripada para guru yang tertekan akibat perlu
memasukkan data berkenaan.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan
memberitahu, penambahbaikan tersebut adalah hasil maklum balas daripada
penganjuran bengkel melibatkan kira-kira 1,000 guru tetapi enggan memberi
penjelasan terperinci kerana pengumuman mengenainya akan dibuat Selasa ini.
"Saya mendengar rungutan dan
keluhan guru-guru. Mereka terbeban untuk memasukkan data kerana sehingga
mengganggu tugas hakiki mereka iaitu mengajar dan mendidik murid-murid. Saya
sendiri tidak setuju jika guru perlu mengorbankan tugas hakiki kerana perlu
memasukkan data.
"Sebab itu data tidak perlu
dimasukkan lagi, hanya dikemukakan apabila ibu bapa mahu melihatnya. Perincian
lanjut mengenainya akan dibuat 18 Mac ini," katanya ketika berucap dalam
Program Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsan Tinggi
Kajang di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri
Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan
Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Kementerian Pendidikan menerusi
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof pada 23 Februari lalu membuat
keputusan menangguhkan pelaksanaan PBS sehingga ke suatu tarikh dimaklumkan
kelak bagi memberi ruang kepada kajian penambahbaikan.
Muhyiddin dalam pada itu
menjelaskan, walaupun ramai guru mengakui sistem PBS adalah langkah yang baik
dan mesti diteruskan, kementerian mengambil pendirian menyeluruh dengan
menangguhkan dahulu pelaksanaannya untuk tujuan penambahbaikan.
"Sebab itu kita tangguh
seketika bagi ditambah baik. Malah ada suami isteri yang pasangannya guru turut
merungut kehidupan berkeluarga agak terabai kerana perlu memasukkan data. Saya
juga faham guru mesti mengajar, bukan hanya memasukkan data," katanya.
sumber : Utusan Malaysia
Saturday, March 15, 2014
Sembang Sabtu : Jangan terus terpenjara dalam sejarah
Apabila saya menulis di wall Facebook saya berbunyi "Antara
halangan untuk kita berubah dan bergerak ke hadapan ialah kita terlalu
nastolgik kepada masa silam. Bebaskan jiwa dan minda dari penjara
sejarah". Terdapat segelintir rakan-rakan FB yang tidak bersetuju dengan pelbagai alasan dan antaranya "Bahawa guru yang paling baik ialah sejarah". Generasi hari ini menjadi rupa bentuk demikian rupa kerana mereka buta sejarah.
Mereka mentafsir seolah-olah saya kata lupakan sejarah. Walhal saya berkata "terlalu nostalgik". Bermakna kita boleh ingat dan merujuk sejarah tetapi jangan keterlaluan. Saya memperbandingkan sejarah masa lalu umpama cermin pandang belakang yang hanya sesekali kita perlu lihat tetapi yang perlu kita beri tumpuan ialah cermin depan yang luas dan lebar. Dalam makna yang mudah kita tidak boleh terus lupakan sejarah tetapi jangan pula terlalu terikat dengan sejarah apa lagi dalam pengurusan pendidikan kita.
Kita selalu menggunakan sejarah diri untuk berjaya bagi memberi motivasi kepada anak-anak atau anak murid kita. Kita gambarkan kesusahan, kepayahan dan keperitan yang kita alami. Sayangnya anak-anak kita ataupun murid kita yang tiada "expriencing learning" tentang payah dan sakit itu kerana mereka telah terbiasa dengan kesenangan dan kemewahan. Mereka sekadar mendengar dan memperlekehkannya sahaja. Oleh itu gumpalan pengalaman itu tidak memberi apa-apa erti bagi mereka. Mungkin minda mereka lebih tercabar jika kita kata "kalau kamu hendak hidup senang masa depan kamu perlukan kerja bergaji RM10 ribu sebulan kerana sekarang dengan gaji ayah RM5 ribu sebulan kita hanya cukup makan".
Begitu juga kita nastolgik tentang susah senang dan bagusnya kita menjadi guru atau guru lama. Kita ingin kongsi dengan guru generasi baru. Kita bicarakan soal gaji yang sedikit hanya beberapa ratus masa mula kerja kepada guru baru yang permulaan gaji mencecah tiga ribu ringgit. Kita ingin kongsikan kita buat itu dan ini pada mereka. Kita nastolgik pada masa lalu tanpa kita sedar bahawa zaman telah terlalu banyak berubah.Mereka yang jadi guru sekarang perlukan ijazah.Mereka boleh gunakan akses meluas untuk rujukan pdp.Jika mereka ingin berubah selera mereka boleh mohon pelbagai jawatan naik pangkat dalam bidang pendidikan. Perubahan-perubahan yang kita pernah jumpa dan alami pada zaman kita.
Dulu cukup kita diberi amanah " buatlah macam manapun anak saya cikgu asal jangan buta dan patah sudah". Hari ini tidak siap kerja rumah, ponteng sekolah dan macam-macam lagi dihukum guru sedikit ibu bapa masuk akhbar, report polis, ugut dan sebagainya. Dulu satu kerani sudah cukup buat gaji manual. Hari ini dua tiga kerani belum cukup hendak urus pentabdiran, perjawatan dan kewangan. Zaman sudah banyak berubah.
Cikgu dulu boleh tumpu pada murid dan "berlotek" dengan murid kerana tidak banyak seksyen di KPM,JPN dan PPD yang perlukan itu dan ini. Mereka mahu setiap seksyen mereka terbaik tapi di sekolah guru itulah yang menyiapkan pelbagai data dari berpuluh elektronik sistem. Kalau sistem laju kira ok tapi kalau "slow" ?Inilah perubahan dan cabaran semasa yang perlu kita fokus dan sedar bukannya terikat dengan angan dan sejarah masa lalu.
Hari ini kita guna alat dan perkakasan ict untuk buat kerja bukannya secara manual macam dulu.Oleh yang demikian, menguasai kemahiran ict adalah kompetensi wajib bagi setiap guru. Kecairan maklumat begitu pantas oleh itu jangan guna stail mengurus zaman dulu. Peram dan simpan surat lama-lama.Walhal dalam sesetengah keadaan informasi itu guru-guru sudah ketahui melalui internet, wassap, fb, twiter, email dan sebagainya sebelum surat sampai ke sekolah lagi. Kadang kita ada peralatan canggih tapi tidak tahu guna. Kita ketinggalan. Apalagi kalau cara berfikir kita juga ketinggalan.
Peristiwa kehilangan MH370 yang hangat diperkatakan sekarang adalah satu contoh kritikal di mana rakyat bukan sahaja ingin dapatkan berita terkini tetapi tidak bulat-bulat menerima penerangan Menteri, MAS ataupun DCA seperti dulu kerana kepesatan rangkaian dan analisis dari pelbagai sumber fikiran mereka kritikal dan jauh menjangkau dari kebiasaan berfikir. Sama ada realiti atau persepsi inilah perubahan cara hidup dan berfikir yang kita perlu hadapi sekarang atau masa akan datang. Jika kita masih terkongkong dalam kepompong cara dan masa lalu nanti kita "mati" dengan syok sendiri.
Walau apa keadaan kita perlu menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku kerana mahu tidak mahu perubahan fizikal dan spritual pasti berlaku. Kita mesti menghadapinya bukannya nastolgik dan melangkolik dengan ilusi masa lalu.

Friday, March 14, 2014
Kualiti guru penentu PPPM
TANJUNG MALIM 13 Mac - Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu kualiti guru harus
ditangani bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
yang menyasarkan negara berada dalam kelompok satu pertiga sistem pendidikan
terbaik dunia.
Beliau berkata, bagi menyokong
hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak
RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di bawah Skim Geran
Penyelidikan Nic bagi mengkaji pembangunan model pendidikan guru untuk
menyediakan tenaga pengajar berkualiti pada masa hadapan.
"UPSI perlu menampilkan suatu
model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan untuk melahirkan guru berkualiti
pada masa hadapan. Bermula dengan pengambilan 30 peratus lepasan terbaik Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bakal guru sehingga kepada pembangunan
profesional berterusan (CPD), profesion keguruan akan terus dimartabat menjadi
pilihan.
"Semua institusi pendidikan
guru perlu proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai
pengetahuan dan pedagogi, tetapi juga keghairahan dan kesungguhan tinggi dalam
memastikan anak bangsa kita mampu bersaing dan berjaya di peringkat
global," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri
Pendidikan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan
Nasional Ke-14 di UPSI di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri
Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Pro Canselor UPSI, Tan Sri Dr. Abdul
Rahman Arshad dan Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa serta Presiden
Persatuan Alumni Suluh Budiman UPSI, Datuk Ahmad Burak.
Konvensyen selama tiga hari yang
bermula hari ini dihadiri kira-kira 1,000 warga pendidik itu antara lain
membentangkan tentang keutuhan sistem pendidikan dan hubungannya dengan
Perlembagaan negara, pembinaan nilai dan jati diri, pemerkasaan bahasa Melayu
serta kualiti produk latihan guru.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata,
kualiti guru merupakan faktor paling signifikan dalam menentukan keberhasilan
murid, justeru cabaran para pendidik pada abad ke-21 berbeza kerana para
pelajar mempunyai akses kepada pengetahuan di hujung jari, hasil perkembangan
pesat teknologi maklumat dan komunikasi.
Sehubungan itu katanya, para guru
perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran ilmu perlu berlaku secara aktif
dengan mengaplikasikan sumbangan murid dalam proses perkongsian ilmu.
"Guru bukan lagi a sage on
the stage tetapi a guide on the side. Selaras dengan aspirasi PPPM
yang antara lain menekankan kemahiran berfikir dan memimpin, pembelajaran
berpusatkan kepada perkembangan murid perlu menjadi teras pendekatan pedagogi
guru pada masa kini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin
yakin, UPSI boleh berperanan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru secara
lebih komprehensif, apatah lagi ketika negara sudah berada pada landasan betul
bagi menjayakan PPPM dalam masa 12 tahun lagi.
Tambah beliau, transformasi
pendidikan negara tidak lagi sekadar menuntut UPSI untuk meneruskan tradisi
menyampaikan ilmu semata-mata, malah mengkehendaki para sarjana menghasilkan
dapatan kajian yang boleh menyumbang kepada penghasilan inovasi selain
dimanfaatkan untuk pembangunan modal insan dan negara.
sumber : Utusan Malaysia
Renungan Jumaat : Sabar Menghadapi Ujian dan Musibah
Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.
Nabi bersabda :-
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.”
( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)
Mukmin Tulen Sentiasa Tabah. Ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah. However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.”
Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.”
Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang.
Jadi, sabar itumengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki hawa nafsu.
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.
Subscribe to:
Posts (Atom)