Sunday, March 2, 2014

Lawatan Kerja KPPM ke Terengganu

KUALA TERENGGANU - Negeri Terengganu bertuah kerana menjadi negeri kedua selepas negeri Kedah menerima lawatan kerja Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru Yang Berbahagia Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof.

Sebelum mengadakan taklimat dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu petang tadi, beliau telah mengadakan lawatan ke SK Kuala Berang, SK Tengku Ampuan Intan dan SMK Tengku Ampuan Intan di daerah Hulu Terengganu. Beliau telah melihat secara langsung proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Dalam sesi bersama pegawai kanan jabatan yang dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Negeri,Timbalan Pengarah Pendidikan, Ketua-Ketua Sektor dan PPD beliau melahirkan rasa puashati dengan  hasil lawatan pada sebelah pagi bila melihat ada kalangan guru membina modul pembelajaran sendiri. Jelas beliau inilah yang sepatutnya berlaku dan beliau berharap modul seumpama itu dapat dipertingkatkan aras kesukaran dengan bentuk soalan penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi.

Sebelum itu En. Zakaria Husin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah menyampaikan taklimat pengurusan pendidikan yang dilaksanakan jabatan dan koloborasi dengan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya. Target 201052 yang diterangkan Pengarah Pendidikan iaitu hasrat untuk capai semua A UPSR 20%, PMR semua A 10% , SPM semua A 5% dan STPM pula semua A 2%  menarik perhatian Ketua Pengarah Pelajaran. Beliau menyarankan agar jumlah calon terbaik mesti ditambah dan dipertingkatkan.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia juga mengadakan dialog dengan pegawai. Sesi lawatan kerja KPPM diakhiri dengan sesi bergambar di lobi JPN Terengganu.


2 comments: