Friday, November 26, 2010

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pertama Blog Unit Rendah

Hari ini genaplah setahun Blog Unit Rendah dilahirkan.Kelahiran blog ini setelah selesai Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah yang diadakan di Hotel Seri Malaysia,Genting Highland pada November 2009. Motivasi untuk mengujudkan blog ini juga disebabkan Blog Unit Menengah,Sektor Pengurusan Sekolah yang sedia ada di samping keperluan untuk mengujudkan hubungan  berterusan dengan semua pengurus sekolah rendah dan guru-guru sekolah rendah supaya maklumat dan kegiatan dapat disebar dan dikongsi segera.

Alhamdulillah blog ini mula dikenali dan menjadi rujukan rutin sesetengah pihak di negeri,KPM dan pengujung luar negara. Purata pungunjung yang hit blog ini 158 sehari. Ketika saya menulis jumlah hit setahun ialah 57,638. Bagi kami sudah dikira berjaya dan tahun depan berbagai strategi akan kami gunakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung melalui laporan,informasi dan gambar yang lebih jelas.

Kami mengambil kesempatan merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pengunjung setia blog ini dan berharap anda akan terus setia bersama kami. Sebar dan war-warlah segala informasi yang ada untuk manafaat dan faedah kita bersama. Semoga melalui perkongsian  ini kualiti pengurusan , informasi dan kekeliruan serta salah tanggap antara Pengurusan Sekolah Rendah dengan Pengurusan Sekolah dan warga guru seluruhnya dapat dirapat dan ditingkatkan.

Sesungguhnya andalah yang memberi "roh" untuk blog ini terus hidup dan meneruskan kelestariannya.


10 comments:

  1. Terima kasih atas sokongan anda Hasliza

    ReplyDelete
  2. Congrats! Wish unitrendahspsjpnt blog get more hit in the future!!!

    ReplyDelete
  3. Tahniah. Semoga blog ini akan terus memberi maklumat bermakna.

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH..... SEMOGA LAMAN BLOG INI AKAN TERUS MENJADI SUMBER RUJUKAN SEMUA GURU DI NEGERI TERENGGANU.... TERIMA KASIH ATAS SEGALA INFO YG DIHEBAHKAN.....

    ReplyDelete
  5. Salam....
    Tahniah kepada pihak pengurusan unit rendah. Blog ini banyak memberi info, membantu dan memudahkan pengurusan saya serta semua guru walaupun kami jauh.....
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Tahniah...semoga blog ini akan memaparkan info2 yang lebih hebat dan bermanfaat untuk dikongsi sesama kita. Sekali lagi tahniah kpd admin khususnya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas sokongan anda semua. Kami dengan sumber dan kemampuan yang ada akan berusaha menjadikan blog ini sebagai sumber rujuk isu-isu berkaitan pendidikan dan perguruan

    ReplyDelete
  8. tahniah, bos. semoga blog tuan bertambah dimanfaat oleh masyarakat dalam usaha memasyarakatkan blog.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih tuan,sokongan tuan di KPM amat kami hargai..

    ReplyDelete