- Semua Sekolah Rendah (SK atau SJKC) di Terengganu boleh dihubungi dengan kenderaan darat kecuali SK Pulau Perhentian,Besut dan SK Pulau Redang,Kuala Terengganu
- Semua Sekolah Rendah Terengganu dilengkapi bekalan air paip dan elektrik dua puluh empat jam hatta di sekolah orang asli
- Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap di semua sekolah
- Kemudahan kuaters guru dan rumah penginapan
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga memberi peluang kepada mana-mana dua orang guru yang berminat dan menawarkan diri untuk ditempatkan di SK Pulau Redang, Kuala Terengganu dan dua orang guru lagi di SK Pulau Perhentian,Besut.
Apa keistimewaannya ?
- Mereka yang bersetuju akan ditempatkan paling lama dua tahun dan ditukar kembali ke dalam daerah yang sama / daerah yang dipohon.Guru dari Kuala Terengganu yang ditempatkan ke Setiu belum tentu dapat masuk ke daerah Kuala Terengganu selepas dua tahun.
- Elaun Khas pedalaman RM500.00 .
- Tinggal di kuaters guru
- Perkhidmatan feri ke SK Pulau Redang - di jeti Shahbandar,Kuala Terengganu atau jeti Merang,Setiu.Tambang sehala RM20.00. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit atau perkhidmatan udara Subang - Pulau Redang oleh Berjaya Group
- Perkhidmatan bot laju ke SK Pulau Perhentian - di jeti Kuala Besut. Tambang sehala RM35.00.Masa perjalanan 30 minit / 45 minit
- Kedua-dua pulau adalah kawasan nelayan dan peranginan tercantik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri
Salam..
ReplyDeleteSenarai nama ni dah confirm ke atau akan ada perubahan lagi?
Setakat ini,itulah senarai nama ke Terengganu yang kami terima
ReplyDeletesalam..,tuan..masih adakah kekosongan guru di daerah dungun, paka atau kemaman? saya berminat untuk bertukar ke sana..?
ReplyDelete