Thursday, December 31, 2009

Taklimat Penempatan Guru KPLI & IPT


 "Kerajaan tidak main-main dengan pendidikan.Kerajaan atau KPM sedang berusaha meletakkan guru-guru yang bekelulusan tinggi,yang terbaik mengajar sekolah rendah terutama di kelas-kelas asas seperti prasekolah sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju" kata Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucap utama sempena Taklimat Penempatan Guru-Guru KPLI dan IPT yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,Marang,Terengganu.Turut hadir ialah YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Ketua Unit Sekolah Rendah,Wakil BTPN,Timbalan PPD Marang,pegawai-pegawai di Unit Sekolah Rendah dan Penyelia-penyelia Kanan PPD seluruh negeri.


Seramai 154 orang daripada 156 orang guru yang ditempatkan ke Terengganu hadir pada taklimat tersebut.


Sebelum itu En.Jelani Sulong,Ketua Unit Sekolah Rendah dalam taklimat awal berharap guru-guru KPLI & IPT yang ditempatkan di negeri Terengganu dapat melaksanakan tugas dengan baik dan mengenepikan isu-isu remeh berkaitan penempatan. Sewajarnya semua guru bersyukur ditempatkan di Terengganu kerana semua sekolah dilengkapi segala kemudahan dan boleh dihubungi dengan kenderaan darat kecuali sekolah di pulau.


"Saya tidak rela anak-anak Terengganu dihancurkan oleh guru-guru yang hanya menjadi guru kerana tiada kerja lain atau kerana disuruh seseorang menjadi guru bukannya mereka menjadi guru atas kehendak hati dan diri mereka sendiri" tegas Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu lagi. Beliau juga berharap semua yang ditempatkan di Terengganu  pada hari ini akan mampu menjana pendidikan anak bangsa dan meneruskan penghormatan masyarakat kepada kaum guru melalui komitmen,kemahiran dan iltizam guru.Beliau seterusnya mengingatkan guru-guru baru berulangkali bahawa "Kerjabuat guru hari ini sudah tidak sama seperti dulu " (The bussiness is not as usual nowadays)
Mereka mesti sentiasa sedar bahawa mereka adalah guru dalam semua perkara.Berjalan macam guru,berfikir macam guru,bercakap macam guru dan segalanya macam guru.



Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong  juga telah sudi menyampaikan surat penempatan kepada 154 orang guru KPLI & IPT.






No comments:

Post a Comment