Friday, December 4, 2009

Mesyuarat Post Mortem & Pelarasan eG-Tukar 2009


Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengadakan Mesyuarat Post Mortem dan Pelarasan Data e-GTukar. Mesyuarat ini adalah lanjutan daripada sesi permohonan Pertukaran Guru yang dibuka dalam on-line bermula pada 1hingga 30 September 2009 yang lalu. Ahli mesyuarat terdiri daripada para pegawai di Bahagian-Bahagian KPM dan Jabatan Pelajaran seluruh Negara. Mesyuarat yang berlangsung di Everly Resort, Melaka ini bermula pada 1 hingga 5 Disember 2009. Banyak isu yang cuba ditangani bagi melaksanakan penambahbaikan secara berterusan terhadap system permohonan on-line yang telah dibangunkan itu. Semua cadangan penambahbaikan ini bertujuan memberi kepuasan dan kemudahan kepada semua pengguna system ini sama ada para guru yang memohon bertukar, pegawai pentadbir system yang terdiri daripada peringkat sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mesyuarat ini juga merintis usaha untuk mewujudkan Data Operasi Guru yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat. Pihak BPM bersama BPSH melihat Data Operasi Guru amat mustahak bagi pelbagai kegunaan. Bagi merealisasikan ini, satu jawatankuasa kecil akan dilantik bagi memperincikan keperluan teknikal dalam data yang dimaksudkan ini.
















En. Kamal bin Abdullah
Admistrator eG-Tukar Unit Rendah,JPN Terengganu

No comments:

Post a Comment