Sunday, December 6, 2009

Manual Prosedur Kerja Pengurusan Murid


Unit Rendah di bawah Pengurusan Murid sedang menyediakan Manual Prosedur Kerja,Pelaksanaan Pengurusan Murid Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah. Menurut En.Wahab Mohamad,Penyelia Kanan,Pengurusan Murid,Unit Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri manual ini akan diedar ke semua sekolah rendah negeri Terengganu pada awal tahun depan. Manual ini menurut beliau sebagai perincian proses kerja dari Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib yang telah diedar serta telah ditaklimatkan kepada semua Guru Penolong Kanan HEM pada Tahun 2009.Beliau berharap dengan terbitnya dua panduan ini pihak sekolah akan dapat mengurus dan melaksanakan Pendidikan Wajib dengan kemas,teratur serta mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,beliau juga berharap tiada satu sekolah pun yang melanggar akta dan dikenakan tindakan.

Pihak jabatan melalui Unit Rendah dan Unit Perhubungan akan sentiasa memantau berhubung dengan pengurusan murid warga negara dan bukan warga negara dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap keingkaran pihak sekolah mematuhi arahan terutama setelah dua manual ini dikeluarkan,tegas beliau.

0 ulasan:

Post a Comment