Wednesday, December 30, 2009

Daerah Penempatan & Taklimat Guru Lulusan KPLI & IPT

Esok pada 31 Disember 2009 seramai 156 orang daripada hampir 8,000 orang lepasan KPLI dan IPT akan diberi Taklimat dan Penyerahan Surat Penempatan oleh Pengarah Pelajaran Terengganu pada jam 8.30 pagi di Dewan Besar,Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu yang terletak di daerah Marang.,Jawatankuasa Penempatan yang telah membuat penelitian mendalam dalam mengatur penempatan dengan meletakkan "Murid didahulukan,pencapaian diutamakan" sebagai keutamaan berasaskan prinsip "Perjawatan Berasaskan Sekolah " dan "dasar penempatan" yang telah digariskan. Perjawatan Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010 bukan sahaja memastikan waran perjawatan yang diluluskan kepada sesebuah sekolah diisi sepenuhnya tetapi juga memastikan keperluan opsyen juga dipenuhi. Justru kajian sedang dilaksanakan bagi menetapkan opsyen guru secara mutlak kerana lebihan opsyen yang tidak diperlukan memerlukan proses redeployment.Proses redeployment akan melibatkan pergerakan atau pertukaran guru antara sekolah dalam daerah,antara daerah dan kemungkinan juga antara negeri.Oleh itu semua guru yang terlibat perlu sentiasa bersedia dengan situasi ini.

Guru-guru lepasan KPLI dan IPT yang ditempatkan di Terengganu  akan melapor diri  pada 4 Januari 2010 di sekolah masing-masing akan didedahkan dengan Program Orientasi Guru Baru di peringkat sekolah masing-masing. Semua guru besar yang menerima guru MESTI melaksanakan program berkenaan sebagaimana garis panduan yang telah diedar melalui Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing.

Bagi mengetahui daerah penempatan  KPLI & IPT 4 Jan 2010 sila KLIK

Aturcara Majlis
Taklimat Penempatan Guru Rendah
Lepasan KPLI & Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi

Tarikh : 31 Disember 2009
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang,Terengganu


8.30 pagi   - Pendaftaran Peserta
8.45 pagi   - Bacaan Doa
9.00 pagi   - Ucapan oleh Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah
10.00 pagi - Ucap Utama oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
12.00 tgh   - Penyampaian Surat Penempatan
12.30 tgh   - Makan Tengahari & Bersurai



1 comment:

  1. Tahniah !Selamat Mendidik Putra Putri Terengganu Anjung Ilmu.Syabas ! unitrendahspsjpnt.blogspot semakin mantap, ceria & variasi : maklumat.
    Terimakasih Guru Bashid in Hal Ehwal Murid ~
    pengkongsian ilmu & pengalaman.
    ** teringin mendengar ceramah langsung guru
    bashid ** :-)
    mm .. ?

    ReplyDelete