Wednesday, December 16, 2009

Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak


Sekolah Kebangsaan Padang Landak yang diserahkan pada 8 Disember 2009 akan mula beroperasi secara rasmi mulai sesi persekolahan hadapan. Perkara ini telah disahkan oleh Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak di Pejabat Pelajaran Daerah Besut hari ini. Hadir sama dalam bekenaan ialah Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Salim bin Abd. Ghani,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong,pegawai-pegawai dari jabatan ,pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut,Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang akan bertugas di sekolah berkenaan.


Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan surat pertukaran dan penempatan kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Padang Landak berkuatkuasa 16 Disember 2009. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa SK Padang Landak akan menjadi sekolah impian ibubapa dan masyarakat dalam masa terdekat justru kemudahan yang lengkap,tempat yang strategik serta guru besar,gpk dan guru-guru berpengalaman.


Beliau berkata demikian selepas semua ahli mesyuarat melawat sekolah berkenaan. Lawatan dan tinjauan itu juga disertai sama oleh Pegawai-Pegawai JKR Besut dan kontraktor.
















No comments:

Post a Comment