Saturday, November 1, 2014

Sembang Sabtu : Pengisi Guru Besar bagaimana penyelesaiannya

Masuk iklan yang terkini sudah dua kali iklan pengisian Guru Besar dibuat. Iklan untuk mengisi jawatan Guru Besar bagi tahun 2014 dan 2015. Ini memberi gambaran bahawa calon-calon untuk mengisi jawatan Guru Besar khususnya mereka yang mempunyai syarat khas NPQEL tidak mencukupi. Setelah dua sesi pengisian selepas satu 1 Julai 2014 calon-calon masih tidak mencukupi.

Umum telah mengetahui mulai 1 Julai 2014 semua calon Guru Besar memenuhi syarat-syarat khusus selain syarat-syarat umum untuk urusan kenaikan pangkat. Antara syarat khas yang perlu dipenuhi ialah calon mesti ada Sijil Kelayakan Kepengetuaaan Kebangsaan (NPQEL) dari IAB yang memakan masa 6 bulan kursus. Selain itu mereka juga mesti disahkan sihat dan melepasi sesi pentaksiran (melibatkan temuduga dan penyediaan folio) dan selepas dilantik perlu melalui Program Prime atau sandaran.

Ada setengah pihak mendakwa kaedah ini menyusahkan. Namun bagi tujuan tranformasi pendidikan dan pelaksanaan berkesan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) khususnya berkaitan kepimpinan sekolah inilah mekanisma terbaik dalam memilih Guru Besar dan Pengetua yang hebat dan dinamik. Dan ura-ura perkara ini lama diwar-warkan. Program NPQEH telah dilaksanakan empat belas tahun dahulu. Namun berapa kerat GPK atau mereka yang berhasrat menjadi pemimpin sekolah memohonnya. Silapnya kita hanya mengharapkan angin mengikut layar kita bukan sebaliknya.

Kita  berharap mereka yang memegang posisi pentadbiran seperti GPK, Guru Besar SKM, pegawai di JPN, PPD ataupun bahagian sentiasa melengkapkan diri terutama jika berminat menjadi Guru Besar tidak kira di gred manapun. Ini adalah kerana pengalaman tiga tahun pentadbiran juga menjadi salah satu syarat khas. Sumber kemasukan calon Guru Besar adalah sebagaimana berikut:
  1. Calon pemangkuan dari Gred DG32 untuk ke DG34
  2. Calon penghakikian dari DG34(KUP) untuk ke DG34
  3. Calon Flexi bekas exPPPD yang pegang jawatan pentadbiran (GPK) dari DG41(KUP)/DG42(KUP)/DG44(KUP) dan Gred DG48(KUP)
Kita berharap mereka memohon NPQEL di samping sentiasa bersiap sedia dengan persediaan lain jika KPM membuat sebarang pindaan bagi pengisian khas misalnya melantik dahulu dan diberi kursus kemudiaan. Tidak salah kita memikir dan menjangkakan daripada membina impian dan mewar-warkan sesuatu yang tiada dasar kepastian seolah-olah benar-benar akan berlaku seperti semua Guru Besar yang tidak sambung belajar yang berumur 50 tahun ke atas diberi kenaikan DG42 secara "lampsum".
Dari segi logikpun tidak munasabah kerana tidak ada dalam sejarah Guru naik pangkat DG32,DG34 melompat DG38 untuk ke DG42. Kalau dari DG38 ke DG42 tu adalah logiknya juga. Namun jika keerajaan laksanakan memang inilah kerajaan paling pemurah dan patut disokong dan dikekalkan oleh semua penjawat awam sampai bila-bila.

Jika tiada calon NPQEL yang ada tidak mahu memohon dan yang tiada NPQEL pula tidak mahu berkursus NPQEL maka semua Guru Besar yang bersara, meninggal, naik pangkat dan berpindah tukar tidak akan dapat diganti. Di negeri Terengganu sahaja kita menghadapi 40 lebih kekosongan jawatan Guru Besar bagi tahun 2014 dan 2015. Jika tiada calon yang ada NPQEL memohon maka kita mengharapkan calon NPQEL Kohort 2/14 yang hanya beberapa kerat dan masih belum ditaksir lagi sebagai calon Guru Besar. Jika semua mereka lepaspun calon Guru Besar juga tidak akan cukup.
Dan jika permohonan baru NPQEL memulakan sesi Januari 2015 maka Jun 2015 baru tamat. Maka paling-paling awal Julai 2015 baru boleh ditawar sebagai Guru  Besar.

Inilah senario yang berlaku pada pandangan penulis. Isu ini akan akan berlaku di semua negeri. Jika isu ini menjadi isu kritikal pasti KPM mempunyai cara penyelesaian terbaik sekurang-kurang untuk ditangani buat sementara waktu. Bukan sesuatu yang tidak logik calon-calon berkelayakan ditaksir dahulu, dilantik sebagai Guru Besar dan diberi NPQEL untuk mengatasi isu ini. Oleh itu kita minta
GPK kita yang berminat dan mempunyai prestasi dan sahsiah bagus sentiasa bersedia.

Walaupun kita dapati ramai kalangan Guru Besar memilih bersara secara pilihan belum 60 tahun tapi jarang benar yang bersara kurang dari umur persaraan dahulu iaitu 55 atau 56 tahun. Ini menggambarkan bahawa jawatan dan tugas Guru Besar boleh disandang melebihi umur 56 tahun dan persaraan pilihan itu bukan kerana berat memikul beban tetapi ada komitmen dan masalah lain.


4 comments:

  1. Hati2 dgn ayat anda. Jgn nampak mcm melobi utk mana2 parti politik.

    ReplyDelete
  2. Ramai yg mempunyai npqeh dan npqel. Tapi syarat mesti berada dlm pengurusan selama 3 tahun yg jd bala sebab di kalangan mereka yg mempunyai npqeh kohort 1 dan 2 tahun 2000/2001 ada yg menjadi cikgu biasa dg44. Mereka tidak berada di dlm pengurusan di sekolah. Kelayakan ada tp terhalang dgn syarat yg remeh. Guru yg memperolehi npqeh dulu yg masih menjadi guru penolong ramai lagi tp mereka mungkin kecewa kerana syarat tersebut. Harap maklum

    ReplyDelete
  3. Anonymous 4 Nov mana yang kurang cerdik. Ada ke pengarang sebut parti A, Parti B atau Parti C. Bila sebut kerajaan akan melaksanakan itu atau ini lobi parti ke. Kerajaan on the day adalah kerajaan untuk semua rakyat dan semua kakitangan awam. Kerajaan ini yang akan tentukan dasar nak buat apa untuk faedah kakitangan awam. Kalau masa depan "parti cap ubi kayu" dapat membentuk kerajaan itulah kerajaan bagi rakyat dan kerajaan walaupun kamu dari "parti kepala harimau". Sebagai penjawat awam kepada kerajaan on the day segala dasar dan peraturan kena laksana. Kalau tidak suka letak jawatan. Biar tahu beza apa itu kerajaan apa itu parti.

    ReplyDelete
  4. Anom 5 Nov

    Pada asasnya saya bersetuju dengan tuan kerana tuan mohon satu waktu dulupun kerana bercita-cita ingin jadi Guru Besar. Namun barangkali atas sesuatu hal tidak terlantik sebagai GPK atau Guru Besar maka peluang itu terlepas.Saya mencadangkan supaya mereka seperti tuan bergerak sebagai komuniti salurkan memorandum melalui kesatuan kepada pihak KPM agar memberi pertimbangan khas dalam kes-kes seperti ini. Setidak-tidak dapat ditemuduga dan ditaksirkan atau melalui ujian khas. Terima kasih

    ReplyDelete