Tuesday, November 18, 2014

65,850 Maut Kemalangan Jalan Raya, Kerajaan Rugi RM79 bilion



KUALA LUMPUR - Susulan 65,850 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya sepanjang tahun 2004 hingga 2013, Kerajaan Malaysia mencatatkan kerugian sebanyak RM79 bilion.

Menurut Datuk Ab. Aziz Kaprawi selaku Timbalan Menteri Pengangkutan, kerugian itu disebabkan mereka yang terkorban telah menerima pelbagai insentif dan kemudahan daripada kerajaan antaranya kemudahan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembiayaan pendidikan dan pelbagai perkara lain.

"Kerajaan kerugian RM8.3 bilion untuk tahun 2013 sahaja ekoran bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya adalah 6,915 orang,” ujarnya.

Berdasarkan statistik 2013, secara purata sejumlah 19 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya setiap hari dan indeks kematian adalah 2.90 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2013.

Gambar utama sekadar hiasan

Kredit gambar: theborneopost



No comments:

Post a Comment