KUALA TERENGGANU - Satu Majlis Perjumpaan Exco MGB Terengganu dengan Pengarah Pendidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Almanda , JPN Terengganu pada 9 November 2014 lepas. Turut sama dalam pertemuan itu ialah Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah dan Ketua Unit Sekolah Rendah selaku penasihat MGB Terengganu.
Tujuan pertemuan berkenaan selain kunjungan hormat tetapi juga untuk mendapat penjelasan dan pandangan Pengarah Pendidikan terhadap beberapa isu serta mempertingkatkan peranan MGB Terengganu dalam usaha membangun kecemerlangan pendidikan negeri khususnya.
Pengarah Pendidikan dalam ucapan balas berharap MGB Terengganu dapat membantu membangun bakal-bakal pemimpin atau "groming" dan mempertingkatkan stail pengurusan sekolah sesuai dengan kehendak dan perubahan semasa.
Sebelum itu MGB Terengganu juga membangkit dan mencadangkan isu berkaitan pengisian Guru Besar dan GPK, bekalan perabut, program peningkatan UPSR dan sebagainya lagi.
Kita sentiasa yakin jika MGB Terengganu sentiasa proaktif dan dapat memainkan peranan berkesan membantu rakan dan jabatan banyak isu-isu pengurusan sekolah dapat diselesaikan dan lonjakan prestasi semua aspek dapat ditingkatkan.
No comments:
Post a Comment