Penyerahan watikah pelantikan itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia En. Zakaria Husain, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh En. Ahmad Shukor bin Mansor, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Rosli bin Chik, KPP Sektor Pengurusan Sekolah, En. Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah dan Exco Majlis Guru Besar Negeri Terengganu.
Semua guru besar baru ini berada pada gred DG41/DG44, memiliki NPQEL dan lulus ujian taksiran dan temuduga, mempunyai pengalaman tiga tahun pengurusan dan diperakukan oleh Panel Naik Pangkat negeri dan disahkan oleh KPM. Pengarah Pendidikan Negeri dalam ucapan ringkas berharap Guru Besar printis flexi dapat membawa tranformasi kepada sekolah dan pendidikan selaras dengan kreteria pemilihan mereka yang ketat.
Enam daripada sembilan calon flexi yang diluluskan telah ditempatkan pada 1 November 2014 dan tiga lagi akan ditempatkan pada 1 Disember 2014 depan. Berikut adalah senarai penempatan pada 1 November 2014
- En. Kamal bin Abdullah, Penolong Pengarah Guru, Unit Sekolah Rendah, JPNT sebagai Guru Besar, SK Seri Nilam, Kuala Terengganu.
- En. Salleh @ Mokhtar bin Ismail, PK Pentadbiran, SK Teluk Ketapang, Kuala Terengganu sebagai Guru Besar, SK Kampung Tengah, Kuala Terengganu.
- En. Mohd Bokhari bin Omar, PK Pentadbiran, SK Kg Baru Tok Dor, Besut sebagai Guru Besar, SK Anak Ikan, Besut.
- En. Mohd Azam bin Kassim, PK SK Pereh, Hulu Terengganu sebagai Guru Besar, SK Sungai Berua, Hulu Terengganu
- En. Mustapah bin Omar, PK Pentadbiran, SK Tapu, Hulu Terengganu sebagai Guru Besar, SK Tanggol, Hulu Terengganu
- En. Mohd Sarif bin Shafie, PK Pentadbiran, SK Guntong Luar, Setiu sebagai Guru Besar, SK Sungai Tong, Permaisuri
Malanglah ppps dg41 & dg44. Jadilah guru biasa di Sekolah sampai pencen. Nak mohon GB mesti ada pengalaman 3 tahun sebagai Pk. Nak jadi Pk tak layak sebab belajar lebih sangat. Terimalah sahaja keadaan ini sebagai takdir Allah dan telah tertulis di luh mahfuz.
ReplyDeleteTak jd GB pn tak pe...janji gred naik bila sampai tempohnya
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya telah mewakili Guru Besar menghadiri Taklimat Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu (TrEMS), berikut sedikit perkongsian info dan manual pengguna sebagai panduan;
Sila klik tajuk pautan di bawah:
Sistem Pemantauan Pendidikan Negeri Terengganu (TrEMS)