Thursday, November 6, 2014

Sekolah penempatan pertukaran 1 Jan 2015 diketahui 7 November 2014

Tahniah kepada pemohon yang telah dapat bertukar keluar atau bertukar masuk ke negeri yang dipohon unbtuk sesi pertukaran berkuatkuasa 1 Januari 2015. Bagi negeri Terengganu seramai 54 orang dari pelbagai opsyen telah dapat bertukar keluar dan 188 orang pelbagai opsyen dapat  bertukar masuk. Sementara permohonan pertukaran antara daerah dalam negeri juga  agak ramai terutama yang ingin masuk ke Kuala Terengganu dan ke Besut.  Permohonan ingin keluar dari Kemaman dan Dungun begitu tinggi sedangkan kekududukan guru di dua daerah ini sentiasa cukup-cukup ataupun boleh dianggap kritikal.

Mesyuarat panel Pertukaran Negeri telah meneliti semua perkara dengan sebaik mungkin berasaskan SOP yang ditetapkan agar dapat memenuhi mereka yang sewajarnya dipertimbangkan. Namun kita percaya di peringkat mana sekalipun ia tidak akan dapat memenuhi hati semua pihak. Ada pemohon yang "tidak bersetuju PPD" dan "tidak bersetuju sekolah". Mereka hanya mahu ke PPD yang dipilih dan sekolah yang dipilih sahaja. Bagaimana kalau opsyen mereka di PPD dan sekolah berkenaan yang mereka pilih telah penuh? Permintaan yang sedemikian rupa bukan mudah untuk dilaksanakan bahkan  merugikan calon-calon yang memohon. Keputusan panel adalah MUKTAMAD.

Pihak jabatan telah dihujani panggilan telefon bertanyakan sekolah penempatan mereka. Untuk makluman kami difahamkan oleh urusetia semua senarai sekolah penempatan akan dapat diketahui pada 7 November 2014 melalui web e-gtukar. Sementara surat penempatan akan dikeluarkan oleh negeri masing-masing selepas ini kepada calon-calon yang berjaya ke sekolah asal dan salinan ke sekolah baru. Dengan keputusan awal calon-calon dari Sabah dan Serawak dapat membuat persediaan awal dan menjadi anggota baru di sekolah baru bila sesi persekolahan bermula. Tahniah.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam. SYUKUR kepada Allah. Sejuta TERIMA KASIH kpd JPNT kerana telah meluluskan pertukaran kami suami isteri dari KEMAMAN ke SETIU, setelah menunggu selama 17 tahun dari JOHOR & KEMAMAN. Tiada yg dapat dilafazkan kecuali kegembiraan yg tidak bertepi kami sekeluarga. Janji untuk berkhidmat kpd anak bangsa sedaerah bakal terlaksana. Sesungguhnya cinta dan kerinduan untuk pulang berkhidmat di halaman tempat kami dibesarkan akan menjadi kenyataan. Kepulangan ini telah menyuntik satu semangat baru buat kami dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu, khasnya daerah Setiu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I am so happy for you man! You rocks. We are deeply sad of your leaving. What is a good news for Setiu.

      Delete
  3. Salam. SYUKUR kepada Allah. Sejuta TERIMA KASIH kpd JPNT kerana telah meluluskan pertukaran kami suami isteri dari KEMAMAN ke SETIU, setelah menunggu selama 17 tahun dari JOHOR & KEMAMAN. Tiada yg dapat dilafazkan kecuali kegembiraan yg tidak bertepi kami sekeluarga. Janji untuk berkhidmat kpd anak bangsa sedaerah bakal terlaksana. Sesungguhnya cinta dan kerinduan untuk pulang berkhidmat di halaman tempat kami dibesarkan akan menjadi kenyataan. Kepulangan ini telah menyuntik satu semangat baru buat kami dalam merealisasikan kecemerlangan pendidikan di negeri Terengganu, khasnya daerah Setiu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I have to confess that this man is extremely good. A man with multi talents. Kemaman will miss you

      Delete