Thursday, November 6, 2014

JPN Terengganu tuan rumah Anugerah Kokurikulum Kebangsaan 2014

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan menjadi tuan rumah Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Kebangsaan pada 11 November 2014 nanti. Majlis Penganugerah tersebut dijangka dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan 11 yang akan berlangsung di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu.

Yang Berbahagia Dato' Seri Dr Khir Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian juga dijangka hadir selain dari Pengarah-Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri.

Pada pagi tadi satu mensyuarat penyelarasan jawatankuasa yang terlibat pada hari berkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Raptai acara sambutan akan diadakan pada 9 November 2014 bagi acara luar dewan dan raptai dalam dewan penerimaan anugerah akan diadakan pada 10 November 2014 jam 8.30 malam setelah delegasi seluruh negara hadir.

Sempena dengan majlis Anugerah Kokurikulum ini juga satu pameran kokurikulum akan diadakan di lobi Hotel Permai. Kita berharap JPN Terengganu dapat menjadi tuan rumah terbaik sebagaimana dalam penganjuran aktiviti peringkat kebangsaan yang lepas-lepas.


No comments:

Post a Comment