Friday, November 7, 2014

1,314 murid terbabit buli



Kota Kinabalu: Seramai 1,314 murid dikesan terbabit dalam kegiatan buli sama ada di asrama atau sekolah di seluruh negara seperti direkodkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Dr Khair Mohd Yusof berkata, semua kes berkenaan dicatatkan dari Januari hingga Jun lalu.

“Keseluruhannya, KPM merekodkan 13,359 murid terbabit dalam kes salah laku, termasuk 4,568 daripadanya masih dalam siasatan polis kerana terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah.

“Antaranya termasuk kegiatan buli, gangterism, ponteng sekolah dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu, semalam.

Dr Khair berkata, sebenarnya jumlah kes buli di seluruh negara membabitkan murid mencatatkan penurunan setiap tahun.

“Pada 2012, 2,282 kes buli dicatatkan sepanjang Januari hingga Jun, manakala pada tahun lalu, jumlahnya menurun kepada 1,445 kes.

“Bilangan ini menunjukkan penurunan setiap tahun apabila bagi tempoh sama tahun ini, jumlahnya sebanyak 1,314 kes,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

No comments:

Post a Comment