Sunday, August 10, 2014

Hari Bersama Pelanggan Jabatan Pendidikan Terengganu

10 OGOS - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan Tahun 2014 di Dataran Perhimpunan dan Lobi jabatan itu pada hari ini. Majlis Perasmian Hari Bersama Pelanggan JPN Terengganu telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu, En. Zakaria bin Husin jam 10.00 pagi tadi.

Aturaca sambutan Hari Bersama Pelanggan dimulakan dengan semua kakitangan JPN,jemputan serta hadirin mengambil tempat di lobi dan khemah yang disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nul Karim. Selepas ucapan perasmian lawatan ke gerai pameran dan galeri jamuan diadakan.

Mengikut Pengarah Pendidikan, oleh kerana Hari Bersama Pelanggan jatuh pada bulan Syawal yang mulia maka diadakan serentak Jamuan Hari Raya dengan kerjasama erat warga JPN Terengganu dan juga pelbagai kesatuan guru di negeri ini. Tambah beliau melalui pendekatan ini hubungan erat yang sedia terjalin dapat diperkukuhkan lagi.

Selain gerai-gerai jamuan diadakan juga gerai pameran tentang fungsi pelbagai tugas sektor-sektor di jabatan untuk makluman orang ramai. Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional juga turut membuka kaunter penerangan kepada pengunjung selain di sekseyen Pendidikan Khas diadakan pemeriksaan  percuma untuk telinga.

Ramai sekali pengunjung yang hadir termasuk mantan Pengarah Pendidikan, mantan Timbalan Pendidikan,pengetua, guru besar, guru-guru, masyarakat dan pimpinan negeri seperti Yang Berhormat YDP DUN Terengganu Dato' Haji Mohd Zuber Embong, Dato Haji Sabri Alwe, Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu dan juga Presiden Cupecs En. Azih Muda.

Para tetamu sambil menjamu selera dan berurusan turut dihiburkan dengan pesembahan pelajar seperti nasyid, dikir barat dan lain-lain lagi.

Sementara itu pada 22 dan 23 Ogos 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia  juga akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan di Terangganu Trade Center (TTC). Oleh itu kepada penduduk Terengganu jangan lepaskan peluang untuk berkunjung beramai- ramai.


1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambut hari yang istimewa ini.
    Salah eja ke nama Dato' Haji Zubir Embong? Typo? :)

    ReplyDelete