Wednesday, August 20, 2014

Kelas Dewasa Orang Asli (KEDAP) usaha KPM mengatasi buta huruf

Pada 18 dan 19 Ogos 2014 pihak KPM dengan kerjasama JPN dan PPD mengadakan pemantauan Kedap bagi dua buah sekolah Asli di Terengganu . Sekolah yang terlibat ialah SK Sungai Pergam, Kemaman dan SK Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Pasukan pemantau terdiri dari En. Mohd Shamsudin Jamiran dari IPGM Kota Bharu, pegawai JPN dan PPD. Program Kedap ini telah diperkenalkan oleh KPM beberapa tahu dahulu sebagai usaha sokongan membantu masyarakat orang Asli mempelajari asas 3M supaya mereka dapat membantu anak-anak dalam pelajaran di rumah. Ini berikutan keupayaan dan pencapaian anak-anak Asli agak ketinggalan.

Selain dari itu dengan terlaksananya kelas Kedap kadar celik huruf masyarakat orang Asli akan meningkat. Peningkatan itu diharap dapat membantu membina kesedaran tentang pentingnya pendidikan pada generasi mereka. Oleh itu masalah ketidakhadiran dan keciciran anak-anak orang Asli akan dapat ditangani dan dikurangkan.

Umumnya pihak pemantau berpuashati dengan pengurusan Kedap dan penglibatan mereka di kedua-dua sekolah ini. Prestasi Kedap dan respone ibu bapa selaku murid Kedap SK Sungai Pergam,Kemaman amat baik. Barangkali impak ini menyebabkan kehadiran serta kesediaan murid berada di sekolah lebih baik jika dibandingkan dengan SK Sungai Berua. Bagaimanapun Kedap SK Sungai Berua juga boleh dikatakan baik walaupun mereka lebih pemalu dan agak tertutup sedikit mungkin kerana lokaliti mereka agak ke dalam sedikit.

Kita sangat berharap dan amat  berterima kasih kepada Kepimpinan dan Guru kedua sekolah ini yang berusaha dan sentiasa melakukan pelbagai inovasi bagi menarik mereka kepada pendidikan. Dan kita juga sangat bangga kerana kedua-dua sekolah ini juga sentiasa mendapat perhatian pimpinan setempat dan negeri khususnya Yang Berhormat Kawasan . Kita yakin jika semua pihak memberi komitmen jitu dan tidak berbelah bagi kita mungkin mampu melihat tranformasi dan perubahan  khususnya kesedaran kepada pendidikan di kalangan masyarakat orang Asli.


No comments:

Post a Comment