Sunday, August 3, 2014

SK Kompleks Tembesu dibuka hari ini



SK Kompleks Tembesu, Kuala Terengganu mula beroperasi hari ini. SK Kompleks Tembesu menduduki bilangan jumlah ke 352 sekolah rendah negeri Terengganu. Sekolah yang menelan belanja  lebih 22 juta ringgit Malaysia dan mempunyai 24 buah bilik darjah telah diserahkan kepada JPN Terengganu dan PPD Kuala Terengganu pada 4 Jun 2014 yang lepas.

Murid pertama sekolah ini bermula dari Tahun 2 hingga Tahun 5 dengan setiap aliran terdiri dari tiga kelas yang jumlah 12 kelas. Jumlah keseluruhan murid sulong yang mendaftar ialah seramai. Mereka terdiri dari murid-murid SK Tok Jiring yang berdekatan dengan sekolah ini. Bagi melicinkan operasi pembukaan dan pengurusan sekolah ini dua puluh enam perjawatan yang diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus perjawatan telah ditempatkan.

Sementara bagi jawatan Guru Besar, En. Mohd Yusof bin Ab. Rahman dan Guru-Guru Penolong Kanan berpengalaman telah ditempatkan di sekolah ini. Harapan jabatan kekuatan sumber tenaga pentadbir dan para guru mampu melonjak prestasi dan keyakinan ibu bapa terhadap sekolah ini.

Sementara pada perhimpunan pertama pagi tadi, En. Jelani Sulong, Timbalan PPD Kuala Terengganu turut hadir dan menyampaikan ucapan kepada semua guru,ibu bapa dan murid-murid. Antara lain beliau berharap pihak sekolah dan ibu bapa dapat bekerjasama dan bermuafakat  bagi membina asas kukuh untuk sekolah ini agar suatu hari nanti mampu menjadi mercu tanda sekolah terbilang yang diharapkan.

Timbalan PPD Kuala Terengganu juga berkata “ Saya berharap setiap warga dapat menghayati filosofi nama sekolah yang berasaskan pokok tembusu. Pokok tembesu bukan sahaja tahan,kuat,cantik tapi bunganya walau kecil tapi mewangi semerbak. Maka ciri-ciri itu perlu dihayati dan menjadi ciri amalan warga sekolah, guru dan murid”.

Kita berharap dan menaruh keyakinan bahawa sekolah ini dapat melonjakkan prestasi dengan pantas dan meletak namanya yang gah sama seperti sekolah lain jika setiap warganya berazam dan berusaha membuktikan bahawa pilihan mereka untuk ditempatkan di sana adalah tepat. Jabatan dan PPD akan sentiasa memantau dan membantu bagi memastikan sekolah ini beroperasi dengan baik dan menjadi institusi terbilang.


2 ulasan:

MOHD TARMIZI CHE MIN said...

Salam tuan, tajuk post ini sepatutnya SK Kompleks Tembesu bukannya SK Kompleks Wafaf Tembesu :) Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

USR BLOGGER TEAM said...

Ohhh yer.tq...diperbetulkan

Post a Comment