Sunday, August 10, 2014

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Pendidikan Orang Asli

10 OGOS - Satu mesyuarat penyelaras aktiviti telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu pagi tadi. Mesyuarat berkenaan melibatkan pegawai-pegawai JPN dari beberapa sektor, pegawai dari Jabatan Kemajuan Orang Asli Terengganu, PPD berkaitan dan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Asli Terengganu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Ahmad Shukor Mansor dalam ucapannya merakamkan penghargaan kerana dapat mengumpul dan menemukan kumpulan barisan hadapan yang melaksanakan pelbagai program untuk pendidikan murid dan masyarakat orang Asli. Beliau juga menegaskan bahawa dalam membicara pendidikan orang Asli kita tidak perlu menyalahkan sesiapa tetapi berusaha menyatukan sumber dan kekuatan yang ada. Justru itu beliau berharap usaha pemuafakatan ini akan dapat diusahakan dari masa ke semasa.

Beberapa perkara telah dilapor dan dibincangkan antaranya pengurusan KEDAP, aktiviti pendidikan dan juga program penandaarasan. Mesyuarat juga bersetuju bahawa Unit Sekolah Rendah selaku urusetia dan dibantu oleh sektor,Jakoa dan agensi lain dalam melaksanakan program dan aktiviti yang dirancang.

Beberapa isu dan perkara akan dibincangkan secara detail dalam mesyuarat khas bersama dan juga mesyuarat penyelarasan akan datang. Kita berharap melalui usaha bersepadu ini berbagai isu khusus berkaitan orang Asli dan pendidikan anak Asli Terengganu dapat ditangani dengan baik. Mesyuarat juga mencadangkan juga agar wakil sekolah menengah dan pendidikan Islam dilibatkan sama.


No comments:

Post a Comment