Monday, December 16, 2013

Penyelia Kanan Sektor Peperiksaan dan Penilaian JPN Terengganu terlibat kemalangan

Warga Jabatan Pendidikan Terengganu petang dan juga hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan En. Mohd Nor bin Awang, Penyelia Kanan, Sektor Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pendidikan Terengganu bersama keluarga di KM 113.8 Lebuhraya Pantai Timur berhampiran Temerloh antara jam 3.30 petang semalam.

Mengikut En. Wahab Salleh, Penyelia Kanan Unit Sekolah Rendah yang pulang bercuti ke Jerantut memaklumkan bahawa beliau melihat sebuah Toyota Unser tersadai melanggar divider tetapi tidak menyangka bahawa mereka yang terlibat rakan sejabatan.

Info-info dan gambar yang dihantar melalui beberapa group WhatsApp bahawa kemalangan tersebut berlaku semasa En. Mohd Nor dan keluarga menuju ke Kuala Lumpur dan kenderaan dikatakan terbabas ketika mengelak sebuah lori dari arah yang sama. Beliau, isteri dan anak lelaki cedera agak parah dan seorang anak perempuan yang bersama dalam kenderaan malang itu telah meninggal dunia di tempat kemalangan akibat cedera parah.

Maklumat yang kami terima beliau dan keluarga yang cedera sedang dirawat di Hospital Temerloh. Sementara jenazah anak perempuan beliau dilaporkan akan dikebumikan di Kuantan pada hari ini.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga beliau dan ahli keluarganya cepat sembuh serta tabah dan cekal menghadapi ujian dan kehilangan puteri tercinta.


Gambar-gambar kemalangan En. Mohd Nor Awang


3 comments:

  1. Takziah kpd keluarga Cgu M.Noor.....banyak2 bersabar. Kami warga pendidikan Trg mendoakan kesihatan dan kesejahteraan keluarga Cgu....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh dan selamat

    ReplyDelete