Monday, December 9, 2013

Bengkel Penyelarasan iGPK32

KUALA TERENGGANU - Urusetia iGPK32 Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu hari ini telah mengadakan Bengkel Penyelarasan bagi memproses dan menapis permohonan calon-calon Guru Penolong Kanan untuk dimasukkan ke dalam Sistem iGPK. Bengkel yang diadakan di Rumah Tamu, Jabatan Pendidikan Negeri dihadiri oleh Timbalan PPD dan Penyelia-Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD seluruh negari.

Selepas proses kemasukan data ke dalam Sistem iGPK32, Panel peringkat PPD akan memutuskan siapa yang benar-benar layak untuk ditemuduga. Proses temuduga akan melibatkan anggota Panel dari PPD dan JPN. Kemudian mereka yang berjaya akan dicadangkan penempatan dan diputuskan oleh Panel JPN. Prinsip pengisian jawatan hakiki kaedah ini adalah sebagaimana garis panduan KPM mengenai
Penghakikian pegawai DGA32 (KUP) kepada jawatan hakiki bertarikh 02 Julai 2010. Ini merupakan siri keempat dilaksanakan mengikut kaedah demikian.

Berikut adalah cadangan tarikh pelaksanaan Temuduga:

Tarikh : 17 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Kemaman
Tarikh : 18 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Dungun
Tarikh : 19 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Hulu Terengganu
Tarikh : 22 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Marang
Tarikh : 23 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Kuala Terengganu
Tarikh : 23 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Setiu
Tarikh : 26 Disember 2013, jam 9.30 pagi di PPD Besut

Semua calon dan juga jika berlaku apa-apa perubahan akan dimaklum oleh PPD masing-masing. Tuan/puan yang terpilih untuk temuduga hendaklah membuat persediaan sewajarnya. Klik panduan temuduga di SINI.

Jika tuan/puan yang terlibat mempunyai pertanyaan atau masalah sila hubungi Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing atau Urusetia iGPK32 JPN Terengganu, En. Mat Lazim @ Mahasan bin Noor di talian 096213109.


No comments:

Post a Comment