Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari
meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada
puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang
mempunyai sepotong roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah
ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih
kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya,
kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari,
dia digoda oleh seorang wanita sehingga dia pun tergoda dalam pujuk rayunya dan
bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan
oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan
tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi
mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu
ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang
fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di
sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh,
sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok
itu. Rupanya berhampiran kedai tersebut hidup seorang Pendeta yang setiap
malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang
menginap di pondok itu, masing-masingnya mendapat sepotong roti.
Pada waktu yang lain, datang pula
orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada
di pondok tersebut, begitu juga dengan laki-laki yang sedang bertaubat kepada
Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.
Rupanya salah seorang di antara
orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan
roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata:
“Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”
Orang yang membahagikan roti itu
menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya telah
habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari sepotong roti.”
Mendengar ungkapan dari orang yang
membahagikan roti tersebut, maka laki-laki yang sedang bertaubat itu lalu
mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang
yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang
bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah
amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih
kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam.
Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh
puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh
malam.
Akan tetapi ketika dosa yang
dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah
diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong
roti tersebut lebih berat timbangannya dibanding dengan perbuatan dosanya
selama tujuh malam itu.
Kepada anaknya Abu Musa berkata:
“Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!”
Israeliat.. hanya untuk renungan, jangan nanti tak payah ibadat, hanya sedekah memadai.
ReplyDeleteBetapa pentingnya habluminannas..selain habluminallah...
ReplyDelete