BESUT - Urusan Persediaan Calon GPK 2014 melalui kaedah penghakikian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA32 (KUP) TBBK ke DGA32 hakiki telah selesai. Semua calon yang memohon telah dinilai 45% prestasi, 35% kegiatan dan sumbangan dan 20% temuduga sebagai yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Calon yang berjaya diranking berasaskan daerah dan ditawarkan jawatan GPK mulai 1 Jan 2014.
Kita merasa bersyukur di saat minat dan kecenderungan guru semakin pudar serta menurun untuk mengisi jawatan ini masih ada segelintir guru yang bersedia mencabar diri untuk memikul amanah pengurusan di peringkat sekolah. Kita tabik kerana mereka sanggup berkorban masa dan tenaga dengan Elaun Tanggung Jawab sebanyak enampuluh ringgit serta keluar dari zon selesa dari hanya sekadar menunggu DGA34 (KUP) TBBK. Apa yang paling besar dan bermakna mereka bersedia mentranformasi diri dalam tugas dan kerjaya. Tahniah.
Walaupun secara umum setiap daerah sudah ada calon untuk ditawarkan namun sesetengah daerah stok calon tidak mencukupi dan kritikal dengan bermulanya persaraan wajib 60 tahun pada 2014. Keperluan kepada penyandang GPK sangat diperlukan. Justru itu urusan permohonan dan pengambilan akan berlaku sepanjang masa. Oleh yang demikian kita menyeru kepada Guru Penolong DGA32 (KUP) TBBK yang sesuai dan berkelayakan sebagai kreteria yang dinyatakan dalam iklan boleh mengisi borang dan menghantar kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD masing-masing bila-bila masa untuk dinilai dan dipanggil temuduga sebagai stok calon simpanan.
Kita yakin calon DGA32 (KUP) TBBK yang sedang menyambung pelajaran dan baru tamat balajar akan mengambil peluang ini. Suatu masa nanti semua barisan kepimpinan pendidikan di sekolah akan diisi oleh guru yang ada ijazah. Ingatan kita kepada calon GPK guna peluang dan rebut peluang yang ada. Buktikan anda hebat dengan wawasan, tinggi sikap dan nilai, tinggi kemahirannya serta luas mendalam ilmunya.
Satu masa nanti semua gpk akan diisi oleh guru siswazah. Satu masa nanti itu ialah apabila tidak wujud lagi guru dga32.
ReplyDeleteENTAH LA....SYARAT SEMAKIN KETAT
ReplyDeleteTkasih atas amanah yang diberikan kpd kami sbg PK. In syaa Allah akan dilaksanakan tnggungjawab sebaik@sedaya mgkin. Namun kami mengharapkan latihan&pendedahan yg berkaitan dgn bidang yg diamanahkn. Kami mrlaksanakan tugas dgn cara sendiri di samping tnjuk ajar&kerjasama dr GB, rakan2 PK&guru lain. Tiada pendedahan diberikan setelah hmpr setahun memegang amanah. Apa yg jd terkilan ada juga yg ditukarkan ke sekolah lain dgn bidang yg berbeza w/pn blm smpai 1 tahun memegang sesuatu bidang. Ini memberi tekanan kpd kami....diharap di masa dpn diadakn kursus Pengurusan kpd kami, agar lebih brilmu utk menjlnkn amanah jabatan...
ReplyDeleteKenapa tak susun kursus pengurusan kpd pk.supaya lebih kompeten..
ReplyDeleteInsyaallah akan adala kursus yang bakal dibuat nanti...bergantung kepada kewangan.
ReplyDelete