Monday, December 9, 2013

Gaji Permulaan Tinggi Untuk Penjawat Awam Berkelulusan PhD Dan Sarjana




KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

-- BERNAMA 

9 comments:

  1. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
    "Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA,". Saya tidak faham kenyataan dia atas. Adakah pegawai perkhidmatan pendidikan ijazah (PPPS) yg ada master n Ph.D tidak termasuk dalam kategori yang akan diberi HKG??? Hakikatnya seluruh kenyataan yang dikeluarkan secara bertulis dalam akhbar dan internet ini sangat kabur dan bahasanya seolah-soalah telah dimanipulasi secara tersirat. Harap ada pihak yang dapat memberi penjelasannya.

    ReplyDelete
  2. heran dan pelik..tulah kalu nak buat kenyataan terutama di parlimen biarlah smart, jelas...buat malu je

    ReplyDelete
  3. Biasanya mrereka yang memperolehi PhD sangat jarang masih berada pada gred lantikan. Ini juga satu kenyataan yang mengelirukan. Janganlah perbodohkan pegawai awam yang ada sarjana dan PhD. Kalu nak beri usahlah buat kenyataan "belit keting" hehe.. memang orang tau yang buat janjitu tak ada apa-apa ijazahpun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini menunjukkan bahawa kerajaan menggalakkan supaya pengajian diteruskan keperingkat phd. Mereka ini dilantik DS51 yg mana gaji tinggi

      Delete
  4. Kalau dibaca betul2 disebut gaji permulaan. Maknanya yg baru berkhidmat. Yg dlm perkhidmatan hanya akan dipertimbangkan kenaikan pangkat berdasarkan merit. Lagi2 org baru yg untung. Yg lama tu tunggulah buah nangka yg akan gugur.

    ReplyDelete
  5. Gred DS untuk pensyarah U, manakala DS 51 ialah gred lantikan, ini bermakna anda ditemuduga, jika berjaya barulah dilantik, kena lalui tempoh percubaan dan barulah pengesahan jawatan. Untuk gred DG mereka yang Sarjana dan PhD sekiranya benar hendak diberi pengiktirafan sepatutnya diberi gred yang lebih tinggi tanpa perlu lantikan semula. Apapun biarlah orang lebih berilmu nampak sedikit berbeza dari yang kurang dengan diberikan tempat yang sesuai.

    ReplyDelete
  6. Harap apa yang dioerkatakan akan ditepati. Kasihan orang yang dah lama ada sarjana dan PhD. Apabila PM buat pengumumuan lebih ramai orang yang tuntut ilmu barulah pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan semasa perhimpunan hari itu akan menjadi reality. Sekira menjadi kenyataan terima kasih Perdana Menteri kita yang prihatin.

    ReplyDelete
  7. Harap apa yang dioerkatakan akan ditepati. Kasihan orang yang dah lama ada sarjana dan PhD. Apabila PM buat pengumumuan lebih ramai orang yang tuntut ilmu barulah pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan semasa perhimpunan hari itu akan menjadi reality. Sekira menjadi kenyataan terima kasih Perdana Menteri kita yang prihatin.

    ReplyDelete
  8. Harap apa yang dioerkatakan akan ditepati. Kasihan orang yang dah lama ada sarjana dan PhD. Apabila PM buat pengumumuan lebih ramai orang yang tuntut ilmu barulah pendidikan sepanjang hayat yang digalakkan semasa perhimpunan hari itu akan menjadi reality. Sekira menjadi kenyataan terima kasih Perdana Menteri kita yang prihatin.

    ReplyDelete