Sunday, December 22, 2013

27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan

Jabatan Perkhidmatan Awam telah memuatnaik 27 Pekeliling Perkhidmatan dalam portal rasmi mereka. Untuk bacaan dan muatturun pekeliling berkenaan sila KLIK

Selain dari itu Pekeliling Perkhidmatan Bil 40/2013 ialah mengenai Penggabungan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

Muaturun di SINI 


20 comments:

  1. Master dan phd hanya untuk lantikan baru..terkena lagi cikgu2...

    ReplyDelete
  2. awat semua buat untuk lantikan baru??

    ReplyDelete
  3. APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DG 41/42. SIAPA GUNA DG 41 DAN SIAPA GUNA DG 42. MOHON PENCERAHAN DENGAN JELAS SUPAYA TIDAK KELIRU DAN APABILA DIGUNA PAKAI NANTI IANYA TIDAK MENDATANGKAN KETIDAK PUAS HATI SEBILANGAN BESAR CIKGU KITA.

    ReplyDelete
  4. yang penting tidak melibatkan implikasi kewangan.bijak....bijak

    ReplyDelete
  5. dg42 untuk naik pangkat dari dg38

    ReplyDelete
  6. gaji sama sahaja dg41 atau dg42

    ReplyDelete
  7. Salam.kajian kes.andaikan guru A (berijazah) dilantik pada 1.1.2014 dengan gaji RM2222.94.guru B melanjutkan pelajaran (master 2 tahun+PHD 2 Tahun) dilantik pada 1.1.2018 dengan gaji RM3040.60 .Guru A bergaji RM2222.94+225+225+225+225 =RM3940.60 pada 1.1.2018.????????4 tahun lagi dapat DG44 timebased.Guru B kena tunggu 8 Tahun lagi.....Anda boleh fikirkan.

    ReplyDelete
  8. maaf salah kira tu.....bukan RM3940.60....sepatutnya RM3122.94.tinggi drp PHD tu...

    ReplyDelete
  9. Kes guru B ialah guru yang sedang berkhidmat dan kemudiannya sambung belajar. Setelah dia memprolehi Master/PHD, dia akan menyambung perkhidmatannya semula, BUKANNYA dilantik semula. Guru B mendapat keistimewaan merit yang lebih tinggi untuk naik pangkat (peluang naik Gred yang lebih tinggi) tanpa melalui timebased.

    ReplyDelete
  10. Kepada rakan-rakan guru yang ingin mengambil master dan PHD, pilihlah bidang berkaitan dengan kepakaran kita, misalanya guru prasekolah sepatutnya ambil master dan PHD bidang pendidikan awal kanak-kanak bukannya psikologi atau kaunseling atau pengurusan pendidikan kerana bila nak mohon gred lebih tinggi nanti pertimbangan bidang kepakaran mengajar diutamakan. Kalau ambil pengurusan pendidikan, kepakaran sebagai tenaga pengajarnya apa? Bidang Psikologi pula, apa kaitan dengan subjek yang diajar di sekolah? Kaunseling pula nak ngajarnya bidang kepakarannya subjek apa? Ramai yang memilih 3 bidang ini kerana mudah lulus? Kita akan berhadapan sekali lagi dengan isu bidang kepakaran yang tidak releven dengan sekolah yang menyebabkan kenaikan gred tertangguh lagi. Fikir-fikir sebelum sambung master/pHD.

    ReplyDelete
  11. Agaknya berapa kos yg telah dibelanjakan oleh guru B kerana ambik MASTER dan PHD?Habis RM40- RM50 ribu kot. bergantung atas course...lebih kurang

    ReplyDelete
  12. Kebanyakan guru mohon peningkatan gaji melalui HKG (hadiah kenaikan Gaji)sama ada 2 KGT atau 3 KGT.... 1 KGT telah lama lulus untuk siswazah(mulai 2007)

    ReplyDelete
  13. kalau kita merujuk pekeliling perkhidmatan bil 36/2013 gaji DG41 RM1917.00 hingga RM8652.00....LIHAT DAH TAK ADA SEN. tetapi pekeliling perkhidmatan Bil 40/2013
    ada sen plak dah....Gaji permulaan masih ada sen....kalau DG41..RM2222.94.

    ReplyDelete
  14. http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2118:circulars-list-2013&catid=39

    ReplyDelete
  15. Mungkin selepas disah jawatan barulah gaji dipindah kepada yang tiada sen untuk gred lantikan.

    ReplyDelete
  16. Tepuk dada tanyalah selera....jangan dok banyak sangat berkira nanti apa yg dibuat tidak ada barakah

    ReplyDelete
  17. kalau gitu, adakah bermaksud GB sekolah rendah open untuk gred yang lebih tinggi, bukan lagi DG34 sebaliknya mungkin dg44 dan sebagainya? minta respon. tq...

    ReplyDelete
  18. dah tadok pppld, maka jawatan gb dah bukan lagi milik PPPLD DGA34 lahhhh...
    mungkin PK1 yang dah masuk dg44(kup) ada peluang jadi gb sekolah rendah...

    ReplyDelete
  19. Jangan seronok sangat, PPPS pun doh tadok jugak, tapi yang 34, 38 akan bergerak ke 42 (Guru Besar). Yang 44 dan ke atas tu tentulah lebih besar dari Guru besar, tapi bila nak naik pangkat, sokongan mesti dari GB.

    ReplyDelete
  20. Aku sokong komen pada December 26, 2013 at 7:38 AM tu.....hehehe, apa2 hal pun mesti kena sokongan dari GB jugak...ekekekeke

    ReplyDelete