Tuesday, October 29, 2013

Siapa yang akan mengisi jawatan GPK tahun 2014

Mulai 1 - 30 Oktober 2013, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengiklan urusan penghakikian mereka yang sedang menyandang gred DGA32 (KUP) TBBK ke gred jawatan hakiki DGA32 bagi tahun 2014. Jawatan-jawatan berkenaan ialah seperti Guru Penolong Kanan dan jawatan pengelola sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Mungkin negeri-negeri lain juga melakukan proses yang sama berasaskan dasar sedia ada melalui surat rujukan KP.S(NP) BS.0063/1/1/Jld.13/(33) bertarikh 6 Ogos 2010.

Berasaskan surat berkenaan proses menghakiki ini telah memasuki tahun ketiga pada 2013 yang mana menetapkan 20% pengisian GPK dari pemangkuan DG29 dan 80% pengisian dari penghakikian DGA32 (KUP) TBBK . Namun pada tahun ketiga (2013) kedua-dua kategori calon semakin berkurangan atau sukar memenuhi kuota yang ditetapkan. Apalagi calon-calon dari  DGA32 (KUP) TBBK ramai yang telah mendapat DGA34 (KUP) TBBK dan tidak lagi layak dilantik untuk memegang jawatan GPK yang lebih rendah grednya. Mana-mana yang terlantik GPK , kemudian datang pelantikan tarikh kenaikan pangkat DGA34 (KUP) TBBK lebih awal dari GPK terpaksa melepaskan jawatan.

Justru bagi mengelakkan pertembungan dan "targedi" sama berulang maka iklan penghakikian telah menetapkan hanya mereka yang dinaikkan pangkat DGA32(KUP) TBBK tahun 2007 dan ke atas (2008,2009,2010,2012,2013) sahaja memohon kerana dijangka mereka yang dilantik DGA32(KUP) TBBK pada 2005,2006 akan layak menikmati DGA34(KUP) TBBK pada tahun 2014. Namun jumlah permohonan bagi semua daerah setakat ini agak mendukacitakan . Kemungkinan setelah melalui tapisan dan temuduga mereka yang layak dan bersesuaian tidak dapat menampung keperluan kekosongan pada tahun 2014.

Kita seakan nampak trend bila mana diwujudkan DGA34 (KUP) TBBK kecenderungan dan minat guru untuk mengisi jawatan hakiki semakin menurun. Apa lagi bila mereka melihat ramai rakan-rakan yang menyandang tugas GPK semakin terbeban dan kenaikan ke jawatan GPK tidak membawa kepada kenaikan gaji atau perubahan gred gaji. Bukan sahaja persoalan mereka yang junior mengisi jawatan hakiki DGA32 tetapi juga ketiadaan calon (ramai yang sambung belajar dan telah miliki ijazah) mengisi jawatan tersebut.

Kita amat bersimpati kepada calon yang begitu berminat menjadi GPK tetapi menerima gred kenaikan pangkat DGA34 (KUP) TBBK dan terpaksa melepas jawatan setelah rayuan mereka ditolak kerana dasar yang ditetapkan. Begitu juga bila kes ini dirujuk kepada kesatuan. Kesatuan juga tidak boleh mengubah dasar yang telah termaktub. Kita amat yakin bahawa dengan gelombang transformasi pendidikan yang meledak pesat bahawa ramai yang tidak bersetuju gred-gred penyandang jawatan hakiki yang memikul beban tugas dan amanah yang berat sama taranya dengan gred TBBK. Gred jawatan hakiki pengurusan juga perlu tranform agar menjadi lebih tinggi dari gred TBBK. Kita bimbang nanti tiada siapa yang berminat memohon jawatan-jawatan ini jika terus kekal ditakuk lama.

Adakah pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Bajet 2014 lalu mengenai penambahbaikan 81 perjawatan awam melibatkan perjawatan naik pangkat dan gred jawatan hakiki sekolah rendah atau non-siswazah dan siswazah. Adakah sistem slash gred jawatan hakiki bakal diperkenalkan atau pengredan semula secara total gred naik pangkat jawatan hakiki. Sama-sama kita tunggu pekeliling yang bakal dikeluarkan dan mampu menangani kemelut yang sedang kita hadapi.

Ingatan dari kami agar setiap guru sentiasa update perkara asas dalam urusan kenaikan pangkat seperti pengistiharan harta dan sebagainya serta merebut peluang-peluang yang ada. Jangan sampai terlepas dan tercicir kerana kecuaian kita sendiri.


5 comments:

  1. Salam.

    Pada suatu ketika dulu iaitu tahun 2010 saya dari DGA32 (KUP) pernah memohon sebagai GPK dan ditemuduga tetapi tidak berjaya. Tahun-tahun berikutnya saya tidak lagi memohon jawatan tersebut tetapi memohon untuk DGA34 (Hakiki), malah ada rakan yang telah dilantik sebagai Guru Besar.

    Semasa mengikuti kursus NPQEL di IAB, saya mendapat info dari rakan-rakan negeri lain dimana calun-calun yang telah ditemuduga untuk jawatan GPK tetapi tidak memperolehinya pada tahun tersebut diletakkan sebagai calun menunggu bagi mengisi jawatan tersebut. Mereka ini tidak perlulah lagi memohonnya!

    Sekarang ini setelah dilantik DGA34 (KUP) dan dinaikkan pula ke DG41, permohonan jawatan tersebut perlu saya ketepikan. Kepada rakan-rakan junior yang memohon jawatan tersebut, janganlah hanya mengejar nama jawatan semata-mata tetapi sandanglah jawatan itu demi membangunkan kerjaya pendidikan itu sendiri dan kejarlah ilmu supaya dapat mengharungi dan bersaing dalam mengurus dan memartabatkan kerjaya pendidikan itu sendiri. Janganlah nanti pemimpin diibaratkan seperti “ketam mengajar anaknya berjalan betul”. Jadilah pemimpin sekolah yang bukan hanya ‘gah’ pada nama tapi jadilah pemimpin yang berilmu dengan mempelajari segala kemahiran bagi menghadapi arus perubahan pendidikan yang menuntut komitmen yang yang amat tinggi.

    Wassalam. Mohon maaf jua dari saya.

    ReplyDelete
  2. Itu hanya kaedah. Ada calon yang tidak sempat ditawar pada tahun berkenaan tapi mohon semula dan ditawarkan. Bukan payahpun tapi kadang cara berfikir kita dengan sikap kita yang memayahkan. Kadang kita tidak sedar kita sedang menyuburkan watak tidak sihat dalam menyediakan diri menjadi pengurus yang hebat. Begitu juga dalam pemantauan kami ada kenyataan saudara bahawa di "Terengganu mereka yang boleh jadi Guru Besar mesti ada kabel". Biarpun kami di Unit Sekolah tidak terlibat dalam pemilihan dan panel tapi tuduhan itu sangat tidak profesional. Pengerusi panel akhir jabatan adalah Pengarah dengan dianggotai Ketua-Ketua Sektor. Senarai yang dilulus panel inilah dihantar ke BPSM dan bila dilulus oleh BPSM urusan menawar diurusetia oleh Unit Sekolah. Dan cadangan penempatan sekali lagi dibawa ke panel Pengarah untuk kelulusan sebelum ditempatkan..

    Mereka yang berilmu dan memiliki NPQEL / NPQH dah ramai. Program ini dilaksanakan tahun 90 an lagi. Masa tu dah ada suara agar GB dilantik dikalangan yang ada NPQEL/NPQH ini tapi sayang ramai tidak masuk zon lalu yg ada NPQEL/NPQH hanya diberi 2 markah shaja dalam permohonan ke DGA34. Kita harap KPM melaksanakan syarat baru hanya pemohon yang NPQEL/NPQEH sahaja yg layak mohon GB dan peraturan ini dilaksanakan segera agar kita dpt saksikan teori dan praktik ilmu pengurusan bagi melahirkan sekolah terbilang dilaksanakan segera...

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Terima kasih atas reply USR. Kenyataan yang berkaitan tentang ‘kabel’ yang pihak tuan panjangkan adalah merujuk pandangan lisan rakan-rakan warga pendidik sama ada dari pelbagai peringkat dan jawatan. Saya akui kenyataan saya tidak profesional kerana ianya dinyatakan dalam perbualan sesama rakan bukannya dikeluarkan ditempat rasmi seperti mesyuarat/taklimat/forum dan sebagainya yang boleh dianggap rasmi. Harap jangan terkesan dan sudi menerima coretan/perbualan yang berbeda pandangan dan pendapat; yang baik dijadikan pendoman, yang buruk dijadikan renungan atau dikesampingkan.

    Bagi saya sama ada seseorang itu memiliki NPQEL/NPQH atau tidak bukanlah syarat menjamin seseorang pemimpin sekolah itu dapat mengurus sesebuah organisasi dengan baik tapi seseorang itu perlu muhasabah dan ‘update’ diri dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Ilmu tanpa amal pun tidak akan membawa apa-apa perubahan.

    Moga USR ceria dan sihat sejahtera. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Baguslah kalau tuan dan jpn sedar tentang kelemahan peraturan dan dasar lapok yang masih diamalkan hingga sekarang. Harap2 kementerian pun sedar juga.

    ReplyDelete
  5. Biasanya perubahan jawatan dalam semua peringkat akan jadi lebih cerdik bila di luar musim pilihan raya.....

    ReplyDelete