Monday, October 7, 2013

Mesyuarat Pengurusan Persediaan Persekolahan 2014 Sektor Pengurusan Sekolah

KUANTAN - Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat pengurusan sektor mengenai Persediaan Persekolahan 2014  bermula 6 - 8 Oktober 2013 di Citiview Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur . Semua pegawai dari empat unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah terlibat dengan mesyuarat ini.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Tuan Haji Md. Yassin Salleh dan Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah En. Rosli bin Chik turut hadir sama mempengerusi dan mengurus mesyuarat ini.

Mesyuarat ini telah membentangkan pencapai SKT dan KPI Sektor dan Unit-Unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah. Alhamdulillah program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dan mencapai sasaran. Mesyuarat juga membincangkan mengenai SKT, KPI, Plan Tindakan dan Perancangan unit dan sektor untuk tahun 2014.

Adalah diharapkan langkah proaktif ini memberi peluang kepada unit-unit dalam Sektor Pengurusan Sekolah menyediakan perancangan yang benar-benar fokus khususnya melaksanakan PPPM secara
tepat dan berkesan.


No comments:

Post a Comment