Mungkin
pada sesetengah pendapat perkara-perkara tertentu hanyalah kecil dan
remeh-temeh. Namun dalam pandangan Islam ia adalah sesuatu berat dan dituntut
dalam amalan hidup beragama.Mungkin juga kadang-kadang
kita tak sedar akan perkara ini tetapi banyaknya bukan tak sedar, tapi saja
buat tak endah akan hal ini. Sama-sama kita renungi, semoga memberi manfaat
buat kita semua. In Shaa Allah
1.
Seorang yang
berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum
mukmin.
2.
Seorang yang
pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3.
Seorang yang
masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4.
Seorang yang
berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5.
Seorang yang
sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6.
Seorang yang
di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa
daripadanya
7.
Dua orang
yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya
itu.
8.
Seorang
diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9.
Pemuda yang
tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10.
Seorang yang
kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari
makanannya itu.
Perkataan kejam tidak sesuai.
ReplyDelete