KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta
penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500,
demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan
berkata bagi meringankan lagi beban
golongan pesara, kerajaan juga akan
memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
"Bayaran bonus dan bantuan khas
kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika
membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan
Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250,
masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat
awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. - Bernama
No comments:
Post a Comment