Selepas dikejutkan dengan kehadiran
klip video memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah
sekumpulan remaja lelaki lain di laman YouTube, terbaru, muncul pula klip video
memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan.
Bezanya, ia bukan membabitkan perbuatan buli tapi lebih kepada aksi ganas kedua pelajar perempuan terbabit saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam tandas.

Remaja yang menyaksikan aksi
pergaduhan itu bukan saja tidak cuba meleraikannya, malah menghasut kedua-dua
remaja itu terus bergaduh.
Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari negeri di Pantai Timur.
Di akhir klip itu, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh 'penonton' di lokasi yang semakin riuh.
Melihatkan aksi buas pelajar perempuan terbabit menyebabkan ramai tertanya-tanya apakah punca menyebabkan anak gadis kita yang selama ini dipuji kerana sifat santun sebagai gadis Timur kini bertukar menjadi samseng.
Silapnya dalam asuhan ibu bapa, didikan guru atau masih ada modul dalam silibus pendidikan yang tidak mencukupi untuk mendidik pelajar perempuan terbabit menjadi insan yang luhur hati dan lurus nurani.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, ketika diajukan komennya mengenai pergaduhan itu, lantas berpendapat apa yang dipaparkan dalam media sosial termasuk membabitkan pelajar perempuan jelas menunjukkan kenakalan pelajar di negara ini semakin melampau.
Ia menjadi petanda, khususnya bagi ibu bapa supaya memberi lebih tumpuan terhadap anak mereka dengan berpegang kepada falsafah pendidikan negara, seimbangkan jasmani, emosi dan intelek, katanya.
Mengulas mengenai perbuatan mengambil video pergaduhan dan didedahkan di media sosial, kata Mohamad Ali, ia dianggap sesuatu yang menyeronokkan bagi pelajar yang sedang meniti usia remaja tapi sebenarnya memberi gambaran buruk kepada bangsa dan negara.
Falsafah Cina ada menyebut, sesuatu bangsa jika ingin maju perlu diberikan perhatian khusus pada golongan hawa.
Ingat, baik hawa, baiklah negara, katanya.
Mohamad Ali turut menggariskan panduan yang boleh dilaksanakan ibu bapa dan
guru melalui konsep 7Q - Quality, Quantity, Quranic, Qurban, Quantum Leap, Que
dan Queen untuk membimbing pelajar menjadi insan berguna.
Menghuraikan satu persatu, katanya, Quality merujuk kepada kualiti asuhan dan bimbingan, Quantity itu pula lebih difokuskan terhadap penambahan mutu atau nilai bukan bilangan manakala Quranic pula didikan yang menjurus kepada nilai sesuatu bangsa dan keagamaan.
Ramai ibu bapa mengakui sibuk dengan tugasan harian sehingga terlupa untuk melipat ganda usaha misalnya membabitkan hubungan dua hala antara mereka dan anak dan komunikasi. Itu dikategorikan dalam Quantum Leap yang turut membabitkan peraturan sekolah, jika ada ia perlu diperketatkan.
Mengambil kira situasi semasa di mana ramai ibu bergelar wanita bekerjaya memberi cabaran besar kepada guru moden.
Walau pun begitu, tidak salah jika ambil sedikit masa untuk mendakap anak, menyediakan sarapan dan bertanya khabar mereka setiap hari kerana di peringkat usia begitu mereka perlukan perhatian, katanya.
Que lebih kepada peraturan yang boleh membentuk disiplin seperti mana dilihat di negara jiran Singapura kerana undang-undang dan peraturan ketat menyebabkan penduduk mereka patuh. Jika peraturan dilanggar, mereka perlu dihukum.
Akhir sekali, Queen atau wanita. Mereka perlu bersama-sama diberi perhatian seperti mana kita memberi perhatian kepada lelaki. Ingat, baiknya golongan Hawa, baiklah negara, katanya.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya tidak cepat melenting apabila anak mereka disentuh pihak disiplin sekolah.
Sekarang pelajar tidak boleh ditegur apatah lagi dihukum menyebabkan mereka besar diri.
Jadi nasihat saya kepada ibu bapa supaya bijak mengawal emosi dan tidak cepat melenting, berilah kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak murid mereka. Jangan saling menuding jari menyalahkan guru atau ibu bapa, katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali, berkata apabila soal silibus Pendidikan Agama atau
Moral dipersalahkan, beliau tidak menolak kemungkinan yang ia perlu diteliti
semula.
Tapi hati saya lebih berat mengatakan gejala moral dan samseng yang berlaku di kalangan pelajar kita sama ada lelaki atau perempuan berpunca daripada didikan agama yang tidak dihayati.
Saya lihat pelajar ini menjadikan sekolah itu sebagai rutin, pendidikan lebih kepada lulus peperiksaan dan mereka robot yang melaksanakan sedangkan hati mereka kosong, tiada penghayatan.
Sama seperti solat, jika kita memahami dan menghayati setiap makna ayat pastinya ia akan terasa ke dalam hati. Begitu juga dengan asuhan dan bimbingan mengatakan apa yang hendak dilakukan itu salah, secara automatik, kita tidak akan tergamak untuk melakukannya, katanya.

sumber : Berita Harian online
No comments:
Post a Comment