Tuesday, April 2, 2013

Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu

KUALA TERENGGANU - Y.A.B Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah diberi gelaran sebagai "Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu" dan Y.B Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Exco Pelajaran Negeri Terengganu pula diberi gelaran sebagai "Pemacu Kecemerlangan Terengganu Anjung Ilmu" oleh warga pendidikan Terengganu sempena Majlis Aprisiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Anjung Ilmu yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak hari ini.

Anugerah dan gelaran tersebut disampaikan oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili warga pendidikan Terengganu. Majlis berkenaan dihadiri oleh lebih kurang lima ribu orang warga pendidikan termasuk Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru seluruh negeri. Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato' Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis ini juga satu cara Kerajaan Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri menghargai sumbangan dan dedikasi cemerlang PPD, Pengetua dan guru-guru Sekolah Menengah Terengganu yang meraih kejayaan cemerlang dalam SPM dan STPM. Penghargaan dan aprisiasi yang sama telah diadakan di Wisma Darul Iman pada Mac lepas bagi menghargai kejayaan UPSR dan PMR.

Antara Anugerah yang diperkenalkan ialah PPD Unggul Anjung Ilmu, PPD Lestari Anjung Ilmu, PPD Anjung Ilmu, Sekolah Unggul Anjung Ilmu, Sekolah Anjung Ilmu,Sekolah Lonjakan Anjung Ilmu, Panitia Mata Pelajaran Anjung Ilmu dan hadiah kemuncak Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu.SM Imtiaz, Besut telah menerima Anugerah Anjung Ilmu Menteri Besar Terengganu dengan merangkul RM10,000.00 bagi kategori SPM dan SMK A Durian Guling, Marang meraih RM10,000 bagi STPM kategori yang sama.


Y.A.B Menteri Besar dalam ucapannya memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan lebih 300 juta ringgit Malaysia setahun bagi membangun kecemerlangan pendidikan anak negeri. Peruntukan yang besar ini tegas beliau sebagai jihad dan perjuangan bagi memastikan anak-anak Terengganu tidak ketinggalan. Peruntukan berkaitan bukan saja berupa berbagai insentif tetapi juga peruntukan bagi menambah prasarana dan kemudahan pendidikan.

Atas dedikasi, keikhlasan dan perjuangan YAB Menteri Besar itu kita Aprisasikan puisi...

Mekar Mewangai : Terima Kasih MB.


Bukannya  mudah bagimu melakar kanvas kehidupan
Bukannya  mudah untukmu mewarna sebuah perjalanan
Bukannya mudah dirimu menggalas harapan
Pemimpin kerdil yang mempertaruhkan
Kekuatan dan semangat juang
Membugar semangat menjulang  peradaban
Demi tanggung jawab dan kewajipan
Kecemerlangan pendidikan menjadi taruhan

Deruan ombak laut Cina Selatan
Adalah pahit getir perjuanganmu
Seteguh karang di dasar lautan
Itulah  tekad  dan semangat jitumu
Patah sayap bertongkatkan kuku

Bukan sedikit duka di jiwa
Bukan sedikit luka di dada
Bukan sedikit tohmahan menyapa
Bukan sedikit celaan melanda

Namun,
Kekuatan minda dan jiwa
Mengatasi halangan segala
Berpaksikan keikhlasan
Bertunjangkan keimanan
Bertiangkan ketakwaan 
Kau telan hinaan dan cacian
Kau tempis semua kerakusan
Kau singkir segala kedukaan
Kau gantung sejuta harapan
Kau tanam  seribu impian
Kau telah patahkan  kesombongan dan keegoaan
Insan-insan petualang
Yang sentiasa menusuk kritikan  berbisa
Bagaikan kerikil tajam
Menghalang musafir kembara sucimu

 Kini
Perjuanganmu telah membuahkan kasturi kemenangan
Wangi semerbak menghiasi gapura bumi Darul Iman
Kau bisa tersenyum bangga
Tunas bangsa yang kau semai dengan keringat dan air mata 
Tumbuh mekar menjadi insan perkasa segala
Ilmu dan iman  seiring bersama
Menjana  insan kelas pertama

Buatmu Dato’ Seri Hj Ahmad bin Said
Kami panjatkan keredaan Tuhan
Kami sulamkan doa dan harapan
Kami titipkan cinta dan sayang
Teruskan perjuangan sucimu
Kami  sentiasa bersamamu
Melestarikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu


No comments:

Post a Comment