Sunday, August 14, 2011

Serba-salah - layan tak kena,tak layan lagi tak kena..heheheh

Kadang-kadang malas rasanya nak publish kat blog ini laporan,isu atau cerita hal-hal naik pangkat kerana setiap kali publish pasti sahaja ada rintihan,ada sindiran,ada perasaan tak puashati dan macam-macam ada lagi.Serba-salah jadinya. Niat kita nak publish supaya umum tahu ada macam-macam  naik pangkat zaman ni.Hasrat kita supaya mereka yang layak mohon,mohon dan mohon. Kehendak kita mana yang tak layak,tak cukup seinci dua inci syarat perbaiki syarat-syarat itu.Cari kursus,cari mahaguru,cari sijil. Kemahuan kita mana yang tertutup,tersulit,ter..redtape dapat diselak,dibongkar dan difahami semaksima mungkin selagi tidak melanggar peraturan. Maklumlah zaman telus,zaman tembus semua kena beritahu agar si polan-sipolan yang mohon dapat menyediakan segala bahan bukti kejagohan sebaik mungkin.

Namun sayang seribu kali sayang niat,hasrat dan kehendak kita itu tidak kesampaian maksud makrifatnya. Terpesong dan terlencong menjadi panah beracun pulak dah kepada yang tidak tersenarai,tidak terpanggil temuduga,yang lama dan yang senior.Kadang-kadang kesian ada,serba-salah ada,gerampun ada...pendeknya macam-macam ada. Apa lagi jika berbicara dengan orang "cerdik" tapi tidak pernah mahu faham apa yang orang beritahu.Macam-macam dah kita cakap dan kita tulis tapi tidak faham-faham juga. Dia dok rasa dia bagus,dia hebat,dia cemerlang,dia terbilang TETAPI dia tak dapat.Persoalan betulkah dia bagus ? Mana bukti dia bagus? Berapa dia dapat prestasi? Berapa markah untuk kegiatan dan sumbangan ? Kalau bagus butakah panel yang menilai surat akuan bertimbun dan sijil penghargaan berjuak-juak tidak nampak ? Bahlolkah panel kalau borang permohonan ruang disedia tidak cukup dan ditambah helaian bergebar-gebar tidak baca dan tidak dinilai?

Serba-salah kita.Tolong beritahu tak kena.Tak tolong beritahu lagi tak kena.Layan tak kena.Tak layan lagi tak kena.

Seperti yang selalu saya sebut kami di Unit Rendah ni tidak ada kuasa mutlak untuk memutus dan menentukan siapa yang layak naik pangkat. Sekarang bukan zaman TUNJUK. Naik pangkat zaman ini,kena mohon,kena isi borang,kena sedia bahan bukti dan kena nilai oleh panel penilai bukan pakai kepala otak satu orang.Semua urusan naik pangkat diurusetiakan oleh Unit Naik Pangkat. Dan mereka hanyalah urusetia panel. Yang punya kuasa melaksanakan penilaian dan saringan ialah Panel Penilaian Naik Pangkat jabatan dan yang memutlakkan segala cadangan dan perakuan ialah LNP Kementeriaan Pelajaran Malaysia. Kami di Unit Rendah hanyalah membantu,melapor,memberitahu ruang dan peluang. Rebut la weii.Rebutlah secara jantan,rebut secara juara.Tampilkan segala kekuatan,kemahiran yang ada bukannya hanya dengan air liur dan lidah ..

Ada sesetengah kita menganggap jawatan itu sebagai "hak"nya. Bila mohon tidak dapat mereka tidak pernah menilai sebab musabab,kelemahan dan kekuatan yang mereka ada.Mereka seronok menuduh orang itu,orang ini tidak betul.Menuduh panel zalim dan sebagainya.Allahuakbar.Caragaya baik percakapan dan tindakan mereka kadangnya bukan macam orang Islam.Bukan macam orang ada Tuhan. Mereka lupa qada' dan qadar ketentuan dan keizinanNya. Mereka lupa kita ini hak milik mutlak Allah SWT. Percaya dan yakinlah;
”Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan berikan kita petir dan kilat, kita tercari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah hadiakan kita pelangi yang indah”
 
“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al-Baqarah : Ayat 155 - 157)

Saya teringat seorang pegawai mengadu tentang seorang Penolong Kanan yang mana Guru Besarnya pergi kursus beberapa ketika dan tugas mengurus sekolah diserahkan padanya. Apa terjadi. Banyak surat yang perlu diambil tindakan tidak diambil tindakan. Mesyuarat bagi mewakili guru besar terlepas atau tidak hadir...dan macam-macam lagi hingga PPD telefon tanya itu-ini baru dibuat. Orang macam ni kah nak dilantik sebagai Guru Besar. Baru test sikit telah huru-hara dan kucar-kacir sekolah. Kalau dia tidak dapat setelah mohon beberapa kalipun memang wajarlah kerana Allah tidak beri izin kepada orang tidak mampu memikul tugas dan amanah.

Walau serba-salah macam mana sekalipun atas nawaitu membantu para sahabat kaum guru kami akan terus memberi nasihat dan pandangan mengikut apa yang kami tahu. Mana-mana yang boleh dimanafaatkan,manafaatkanlah dan kami tidak mengharapkan sebarang balasan walaupun sepatah "terima kasih". Bekerja di sini kami telah belajar untuk mendidik hati dan diri "bantulah seikhlas hati dan jangan harapkan apa-apa balasan walaupun terima kasih kerana jika kamu harapkan dan kamu tidak perolehi kamu akan kecewa". Anggaplah kalau anda dapat adalah rezeki anda dan ketentuan Allah bukannya pertolongan siapa-siapa atau makhluk naif macam kita. Ambillah hak itu,tapi jangan angkuh dan sombong kerana Allah tidak menyukainya.

Sahabat,kadang kita sedih,kecewa,terluka,berburuk sangka tapi  jauh di atas segalanya…ALLAH sedang merungkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita agar kita belajar  untuk selalu ikhlas dan redha

3 comments:

  1. Begitulah adat dunia. Pasti ada yg tidak berpuas hati. Namun yg penting kita jalankan tugas dengan sebaik mungkin, bina hubungan dan komunikasi dgn semua org. Sebetulnya yg menghargai tindakan tuan lebih byk drp yg sebaliknya. Lara di hati kita pujuklah sendiri.. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Terpanggil dan rasa ingin respond luahan hati admin...tu br segelintir rencah guru dalam pendidikan....rasa tidak puas hati...terkilan...rasa terpinggir memang wujud...lebih2 lagi pada guru2 yg masuk zon...

    Saya rasa undi yg dibuat sebelum ni yang mahukan kursus diadakan pada mereka yg layak tidak dipraktik....yg meminta tambah bilangan yg patut ditemuduga juga tidak nampak penambahbaikannya....

    Jadi sampai masanya cadangan...pendapat mereka diambilkira....bila kita buka ruang maya berdiskusi kita akan tanggung risiko...jiwa patut besar...berlapang dada...anggap kritikan sebagai asas pada membaiki apa yang patut...

    Pada saya item2 yang diketengahkan oleh kementerian tu sebagai penanda aras dalam menilai sesorang jika tiada yg berkebolehan itulah asasnya...selebihnya lebih memihak pada pengalaman mengurus kerana yang akan menjalankan amanah adalah mereka yg sudah bergelumang dengan pengalaman mengurus yg cukup matang untuk diketengahkan...

    Sekadar catatan kecil dan secalit pandangan untuk dikongsi bersama...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pandangan pengunjung..Kami tidak rasa dan susahpun dengan komen dan pandangan. Kalau kami takut menerima pandangan kami tak buka ruang atau benarkan.Kami boleh block IP.Tapi terkilan dengan pandangan atau luahan yang emosional dan tidak profesional. Kadang-kadang perkara yang sama yang kami dah tulis atau terangkan. Mereka tidak baca. Asal jumpa ruang dan pandangan yang serasi dengan emosi terus hentam dan nak salah orang. Ini bukan watak dan sifat seorang guru.

    Barangkali sebab tu lah rezeki dan laluan mereka payah untuk naik pangkat...

    ReplyDelete