Tuesday, August 16, 2011

Majlis Berbuka Puasa Peringkat JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya JPN Terengganu pada petang tadi telah menganjur Majlis Berbuka Puasa peringkat jabatan di Dataran Anjung Ilmu,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Seramai lima ratus tetamu jemputan telah hadir. Antaranya Pengarah Pelajaran Negeri,Timbalan Pengarah,Ketua-Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai di JPN,PPD,BTPN,Pegetua,Guru Besar dan juga pelajar. Turut kelihatan hadir ialah mantan Pengarah Pelajaran Yang Berbahagia Dato' Cg  Rahim bin Tahir.

Aturcara Majlis Berbuka Puasa Peringkat JPN Terengganu ini dimulakan dengan Tadarus Al-Quran dan bacaan tahlil yang dipimpin oleh barisan pegawai dari Sektor Pendidikan Islam. Selepas itu Yang Berbahagia Pengarah Pelajaran Negeri,En.Razali Daud telah menyampaikan sumbangan khas Hari Raya kepada 108 orang pelajar cemerlang dan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Majlis Berbuka Puasa Peringkat JPN Terengganu berlangsung dengan sempurna dan meriah. Hujan rahmat renyai-renyai tidak sedikitpun mengganggu para tamu  memenuhi ruang khemah yang disediakan.Sesungguhnya tradisi JPN mengadakan majlis ini sangat besar ertinya khusus dalam mengisi keberkatan bulan Ramadhan dengan semangat silaturrahim,memberi makan dan sedekah kepada yang kurang berkemampuan dan aktiviti kerohanian melalui bacaan al-Quran.

Semoga ianya menjadi amal kebajikan yang berpanjangan...


0 ulasan:

Post a Comment