Monday, August 8, 2011

Taklimat Kecemerlangan Akademik Suku Sakat Warga JPN Terengganu 2011

KUALA TERENGGANU - Satu taklimat program berkaitan telah diadakan kepada pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan mempunyai anak yang akan menduduki UPSR,PMR dan SPM pada tahun ini.Taklimat berkenaan disampaikan oleh Tuan Haji Aziz bin Mohamed,Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik di Bilik Mesyuarat Alamanda,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Menurut Tuan Haji Aziz ,program ini dikhaskan untuk anak-anak warga Jabatan Pelajaran negeri sahaja sebagai salah satu strategi dan inisiatif untuk membantu anak-anak warga JPN menghadapi peperiksaan setelah program yang sama pada tahun lepas memberi impak positif ke arah pencapaian peperiksaan awam seluruhnya. Menurut beliau lagi walau bagaimanapun bukan bermakna pelajar-pelajar lain tidak diutamakan kerana pelbagai program  diberi kepada semua pelajar yang juga mungkin termasuk anak warga JPN sama ada yang telah,sedang dan akan dilaksanakan. Antaranya;

  1. Program Bimbingan di peringkat sekolah masing-masing
  2. Program Tutorial yang dilaksanakan di peringkat PPD
  3. Progrma Akademi oleh JPN Terengganu bagi calon target
  4. Program Akademi Plus Star oleh JPN Terengganu kepada calon straight A
  5. Program Akademi Subjek Fokus kepada yang lemah subjek BM,Sej,MT dan BA
  6. Program Akademi Suku Sakat Warga JPN
Selain daripada itu beliau menambah setiap calon pada zon ini diberi volume kerja bagi memantapkan persediaan dan kemahiran di samping buku-buku tambahan peruncingan dan soalan latihan binaan dari pasukan Guru Akram seperti Prism T,P3T dan lain-lain modul.

Beliau juga menegaskan Program Akademi Suku Sakat Warga JPN tidak mampu menawarkan semua subjek kerana masalah kos yang tidak mencukupi tapi memberi fokus bagi subjek kritikal khususnya kepada calon SPM dan PMR. Program ini akan dilaksanakan selama 4 hari 3 malam sebagaimana berikut:

Akademi  UPSR Suku Sakat Warga JPNT
Tarikh : 21 - 24 Ogos 2011
Tempat : Hotel Seri Malaysia,Marang
Subjek : Semua subjek UPSR

Akademi PMR Suku Sakat Warga JPNT
Tarikh : 12 - 15 September 2011
Tempat : Hotel Seri Malaysia Marang
Subjek : Sains,Matematik,Bahasa Inggeris,Sejarah,Geografi dan Bahasa Arab

Akademi SPM Suku Sakat Warga JPNT
Tarikh : 28 Sept - 1 Oktober 2011
Tempat : Belum ditentukan
Subjek : Fizik,Kimia,Biologi,Matematik Tambahan,Bahasa Inggeris (Setiap pelajar hanya diberi 2 subjek)

Sebagai warga JPN Terengganu yang bertungkus lumus menjayakan keterbilangan pendidikan negeri tentunya kita merasa terharu dan amat berterima kasih kepada kepimpinan jabatan di atas kecaknaan dan keperihatinan bagi memberi sokongan moral dan bantuan program kepada anak-anak warga yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Semoga ianya menjadi insentif kepada ibubapa terlibat khususnya memberi khidmat bakti,iltizam dan sepenuh komitmen untuk "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dan seterusnya menjadikan "Terengganu Anjung Ilmu"


0 ulasan:

Post a Comment