En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sebelum penyerahan surat berkenaan telah menyampaikan ucapan dan saranan berguna kepada Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang yang baru sebagai panduan mereka melaksanakan tugas agar tingkahlaku,stail pengurusan dan produktiviti mencerminkan taraf jawatan "cemerlang" mereka . Antaranya beliau menggariskan apa yang ditulis oleh Peter Baron yang bertajuk "The Only Leadership" yang membayangkan sikap kepimpinan yang tidak baik:
- Tidak pandai mengawal emosi
- Keputusan ikut sedap hati
- Salahkan orang lain
- Mengaku hanya kita sahaja hebat
- Pemikiran nagetif
- Komunikasi kurang berkesan
- Kurang kemahiran mendengar
- Autokratik dalam pengurusan/kurang rasional
- Gagal membuat keputusan yang tepat
- Mendengar sambil lewa atau terpilih
- Tidak percaya pada orang lain
- lemah dalam pengurusan dokumentasi (asas melihat kekuatan dan kelemahan)
- pengurusan sistem dan fail yang tidak kemas
- tidak berlaku kepimpinan pengajaran
- pengurusan kewangan tidak ikut prosidur
- tidak merujuk pekeliling dan panduan
- tidak main peranan sebagai pengurus
- gagal menampilkan imej sebagai Guru Besar
- membiar masalah menjadi krisis
- membuat keputusan membuta tuli
- Pelaksanaan dan pencapaian LINUS
- Pelaksanaan dan pencapaian KSSR
- Pelaksanaan dan pencapaian Penilaian Berasaskan Sekolah
- Peningkatan dan perubahan SKPM secara sah dan boleh dipercayai
- Pelaksanaan Prasekolah
- Pelaksanaan dan pencapaian MBMMBI
W - Workh with them
I - Inspire them
N - Never give up
Tahniah kepada Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang. Jumlah terkini keseluruhan Guru Besar Cemerlang ialah 116 orang dan Pengelola Cemerlang pula ialah 12 orang. Kita berharap peningkatan pangkat dan pengiktirafan ini akan lebih menyemarakkan lagi iltizam dan aspirasi "Melestarikan pendidikan Terbilang" di negeri Terengganu Anjung Ilmu.Senarai Guru Besar Cemerlang. KLIK
No comments:
Post a Comment