Bermacam-macam cara mereka melahirkan perasaan tidak puashati. Ada yang melahirkan dengan bercerita kepada rakan dan kenalan. Ada yang menulis surat layang ,sms dan email.Ada yang mengadu ke situ ke sini. Ada yang rasa berkuasa,keras kepala berlaku pertentangan terbuka sehingga berlaku gasakan fizikal. Ada juga aduan yang kami terima sesetengah Guru Besar mereka suka maki-hamun guru dan kakitangan.Marah dan bengkeng tidak padan dengan kes.Ada GPK menyumpah seranah Guru Besar di belakang...macam-macam menifestasi lagi..Beberapa hari lepas saya mendengar komen seorang guru tentang seorang Guru Besar yang tersohor dengan kontrovesi. Antara katanya yang menggambarkan perasaan meluat " Dok cara apa gak ke ayam hak dok tendang saka"
Begitu jugalah bermacam-macam sebab timbulnya perasaan tidak puashati sama ada dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Kadang tidak sebut nama dalam mesyuaratpun terasa hati ataupun tidak puashati. Pembahagian tugas tidak seimbang,kemudahan fasilitis kerja,kecekapan kerja,salah guna kuasa,layanan tidak adil dan bermacam-macam sebab serta faktor yang menyebabkan perasaan tidak puashati ini. Kadang-kadang cara senyum dan berjalanpun menyebabkan tidak puaashati. Hingga kadangnya kita sukar membezakan yang betul dan yang mana salah. Bercampur-gaul.Bolot-wot orang Terengganu kata. Macam bubur lambuk. Hak wajib,harus,makruh dan sunat tukar bimbar.
Kita tidak boleh beza dan kelaraikan benda yang mudah kerana dipengaruhi emosi,jahil pendek dan pandak akal. Kita tidak boleh beza mana yang dikatakan SALAHLAKU dan mana yang dikatakan STAIL atau GAYA. Inilah dua perkara utama yang menyebabkan perasaan tidak puashati dan menimbulkan konflik dalam organisasi.
"Salah laku" mengikut kamus Oxford Fajar Edisi Ketiga,bermaksud "kelakuan yang tidak sopan atau kelakuan buruk" atau "mengurus sesuatu dengan tidak cekap". Maksud yang kedua yang diberikan adalah lebih berkaitan dengan salah laku yang berlaku di sesebuah oraganisasi,di mana seseorang pekerja itu menguruskan kerjayanya dengan tidak cekap atau boleh juga dikatakan melakukan sesuatu tindakan atau kelakuan yang menyalahi undang-undang dan peraturan organisasi". Dalam bahasa yang mudah setiap pegawai awam tidak kira apa pangkat dan darjat wajib mematuhi Peraturan-Peratuan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993)
Mengikut perkara 4(2) - Kelakuan dan Tatatertib 1993 Bahagian (d) - 'Seseorang pegawai tidak boleh - berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan / mencemarkan nama baik perkhidmatan awam".Contoh perlanggaran Peraturan 4(2)(d) :
- terlibat dengan penyalahan dadah
- berjudi di pejabat / waktu bertugas
- disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah
- kesusahan berat kerana hutang
- melakukkan gangguan seksual
- menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi
- gagal mengurus bukun tunai dengan sistematik
- gagal mengurus dan menyelenggara Buku Rekod Mengajar
- lambat menyiapkan kerja yang diarahkan
- tidak memeriksa buku latihan pelajar
Sementara Stail atau Gaya Pengurusan (managerial style) " merujuk kepada kelakuan,sikap dan pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan bagi menggerakkan sesebuah organisasi." Kadang-kadang gaya atau stail ini memberi tekanan kepada ahli organisasi yang berada dalam zon selesa walaupun ianya tidak melanggar mana-mana peraturan tetapi menimbulkan perasaan tidak puashati seolah-olah pengurus mereka melaku kesalahan berat dan "dosa besar".Kes-kes beginilah yang banyak kami terima melalui surat dan email. Apabila disiasat tidak adapun berlaku "salahlaku" cuma stail atau gaya yang kurang menyenangkan ahli. Biasanya kita akan memberi nasihat atau surat peringatan kepada pengurusan dan juga dirujuk kepada kaunselor jabatan.
Kita nasihatkan pengurus sekolah agar menggunakan caragaya dan stail pengurusan bersifat adoptif,responsif dan proaktif bukannya banyak bersifat autokratik. Sememangnya dalam dunia ni ramai manusia yang tidak sedar kediri dan merasakan merekalah yang bagus dan terbaik. Walhal mereka tidak sedar dan tahu bahawa mereka paling hampas dan dibenci oleh orang-orang di sekeliling mereka. Saya ada menulis tentang itu DI SINI
Sama ada ianya merupakan SALAHLAKU ataupun STAIL /GAYA Pengurusan yang membangkitkan perasaan tidak puashati kita sedia membuka saluran aduan dengan pelbagai cara untuk disampaikan. Kita bukan utamakan siapa sipengadu tetapi kita utamakan apakah isu yang diadu lebih-lebih lagi isu-isu berkaitan salahlaku kerana membiarkan kemungkaran berleluasa berlaku dalam organisasi kita takut turut sama bersubahan dan bersekongkol menjatuhkan integriti dan kemuliaan perkhidmatan yang kita perolehi rezeki untuk kita makan dan menjadi darah daging kita,isteri dan anak-anak kita.
Sila pantau guru bahasa melayu darjah 2 B SK Bukit Puteri Kg. Tok Has Jerteh..adakah guru ini bermasalah mental. Anak saya dicubit sehingga 2kali tinggal kesan parut, di denda enjut ketapi, anak saya diasingkan, tak bagi menulis, tak bagi masuk kelas.. apa dah jadi..saya tak halalkan gaji guru ini dunia akhirat yg mengabaikan anak saya.. jika tidak boleh selesai isu ini saya akan bawa ke media dan kementerian di putrajaya..
ReplyDeleteGuru skrng bkn mcm dulu! Banyak depression bkn kat sekolah tPi kat luar, pas tu tunjuk gangster kat sekolah! Sikit sikit suruh tukar sekolah, hang yg problem hang mohonla utk jadi cikgu kat sekolah lain! Senang cerita! Banyak org yg baik baik kat luar sana nak job cikgu ni
ReplyDeleteSekolah rendah ank saya pilih kasih. Lpas tu janjikan anak sesuatu tetp bila ditanya Guru besar tidak mahu lagi berckp atau melayan lagi apa2 pertanyaan drpd saya. Patut namakan sekolah rendah itu sbg Sekolah pilih kasih! Tidak berintegriti!! Ada nama sekolah integrati tetp tidak menunjukkannya!!
ReplyDeleteBru daftar pertukaran sek ank td..dr pej sek lama isi borg then staff pej suh ke ppd,then da dpt kelulusan ppd utk pertukaran sek,g ke sek yg dimohon ada masalah lak..kata guru besar sek yg dimohon da penuh.klu da penuh knp ppd luluskan..masa kat ppd xde masalah ape2 pon yg timbul,cuma kata daftar kat sek nnt sek akn bgtau bila blh start bersekolah...guru besar pulak mrh2 seolah2 silap kami..pdhal staff pej tu yg explain prosedur nye...kami ikot la...lps tu nk ckp,ppd da luluskan,pihak sek terpaksa terima,ttp sy sbg ibu x blh complain klu ank sy kene duduk beljar diluar kelas...blom start belajar,guru besar da bg 1st bad impression...siap bebel ckp knp ppd x call dlu sek tny ada kosong ke x?
ReplyDelete