Memang benarlah kata orang tua-tua "Bila terantuk baru terngadah". Setiap sesuatu yang berlaku itu walaupun pahit tetapi ada hikmah dan iktibar yang boleh kita pelajari. Itupun jika seseorang itu faham dan sentiasa menghayati prinsip cemerlang; untuk memperbaiki dan menambahbaik. Tetapi jika mereka jenis "ignoramus", mereka akan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang dan berkali-kali.
"Sesungguhnya orang yang paling bodoh antara kamu, orang yang mengulangi kesilapan yang sama lebih daripada sekali" (Maksud Hadis)
Isu pengurusan pada kali ini, saya akan menyentuh berkaitan pengurusan data di sekolah justru sehari dua lepas "gamat" sedikit apabila ada sebilangan kecil guru-guru UPSR yang sepatutnya menerima laptop daripada YAB Menteri Besar tercicir dari senarai yang difahamkan disorting dari data emis. Cetusan dari isu tersebut perlu diberi perhatian serious oleh pengurusan sekolah kerana sut daripada punca masalah adalah kemungkinan berlaku kealpaan kita memantau pengurusan data di sekolah yang menjadi salah satu tugas utama pengurusan kita.
Perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pendidikan hari ini memerlukan kepantasan kita para pengurus sekolah memahami secara mendalam keperluan dan implikasi pengurusan data di sekolah. Antara pengurusan data di sekolah yang sangat penting di sekolah yang kita sendiri sedia maklum ialah pengurusan data emis, e-perlu, egtukar, data sistem maklumat murid, dan bermacam-macam lagi. Data-data ini bukan sahaja perlu diurus dengan baik tetapi perlu sentiasa diupdate sentiasa.
Data-data ini terutama yang secara online sangat mustahak dan membawa implikasi yang besar jika gagal diurus dengan baik. Seingat saya sudah beberapa kali saya diminta bercakap kepada peserta kursus emis tentang pentingnya data yang tepat dan betul. Jika data emis tidak lengkap seorang yang layak naik pangkat barangkali tidak layak jika data-data perkhidmatan seperti pengistiharan harta atau tarikh pelantikan mereka tidak tepat jika pada masa itu data berkenaan digunapakai. Justru itu pengurus sekolah bukan sahaja perlu memantau kerja-kerja guru data dari masa ke semasa tetapi juga mengingatkan guru-guru di sekolah supaya sentiasa update data mereka. Setidak-tidak sebulan atau dua bulan sekali disediakan ruang bengkel semakan data. Sebagai pengurus kita perlu mempunyai aviden dan alibi mempertahankan diri melalui kerjabuat pengurusan yang kita laksanakan agar jika sesuatu isu seperti dua tiga hari lepas kita boleh mempertahankan diri dan bukan menjadi objek "sumpah seranah" anak buah atau mana-mana pihak.
Begitu juga data eperlu. Kesilapan atau ketikcaknaan kita memungkin murid kita bersekolah dan dan duduk di atas lantai serta berada di muka depan surat khabar arus perdana. Dalam pengurusan data ini bukan sahaja kita update dan memberi data tepat tetapi juga keupayaan mentafsir maksud dan implikasi data juga sangat mustahak. Jika kita tafsirkan gelanggang serbaguna dengan memasukkan tiap-tiap satu gelanggang yang ada secara berasingan maka kemungkinan pentafsirannya pihak tertentu sekolah anda tidak perlu lagi kepada peruntukan pembangunan kerana gelanggang semuanya sudah ada.Nampak mudah dan remeh tetapi yang mudah ini diremeh-temehkan ianya membawa implikasi yang sangat besar.
Sebagai hujah dasar untuk menunjukkan betapa pentingnya pengurusan data di peringkat sekolah maka "Guru Data Sekolah" diujudkan. Walaupun masih lagi di dalam norm tetapi dengan sedikit kelebihan guru dan pematuhan kepada panduan serta pekeliling fungsi guru data dapat dimanafaatkan secara berkesan. Isu guru data ini kita telah buat kajian satu ketika dahulu dan kebanyakan guru data tidak dapat mengurus data dengan baik kerana diberi tugas mengajar melebihi had pekeliling yang ditetapkan. Jabatan telah mengemukan banyak kali kepada Bahagian Perjawatan BPSM agar guru data berada di luar norm dan kita berharap satu masa nanti perjawatan luar norm ini akan diluluskan. Di bawah ialah contoh Jadual Guru Data yang disesuaikan berdasarkan Pekeliling Tugas Guru Data Sekolah.
Selain dari itu bagi membantu tugas Pengurus Sekolah memantau Pengurusan Data maka Guru Penolong Kanan yang ada perlu diagih tugas pengurusan dan pemantauan data berkaitan atau sesuai dengan bidang tugasnya. Sebagai contoh GPK1 boleh diamanahkan membantu menyelia pengurusan data emis, GPK Kokurikulum membantu dalam pengurusan data eperlu. Saya yakin jika sistem pengurusan data di sekolah kemas dan teratur tidak timbul masalah yang sepatutnya bukan menjadi masalah kecuali kepada mereka yang sememangnya tidak layak dipanggil pengurus sekolah. Pengurusan data yang cekap adalah petunjuk kepada kecekapan, integriti, kredebaliti Pengurusan Sekolah yang berwibawa. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam mesyuarat semalam menyebut perkara yang sama ; data yang tetap dan terkini.
Kita berharap selepas ini semua pengurus sekolah menjadikan pengurusan data di sekolah sebahagian dari tugas utama pengurusan mereka di sekolah. Jangan lagi memandang remeh perkara berkenaan kerana pengurus sekolah yang jahil dan naif dalam bab-bab data ini bukan sahaja diperlekeh oleh anak buah sendiri tetapi mungkin juga oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sebagai entiti yang mengurus dan mengawalselia pengurusan sekolah rendah, Unit Rendah tentunya tidak akan membenarkan perkara sedemikian berlaku berterusan. Oleh itu marilah kita perbaiki segera kekurangan itu .
Di kesempatan ini juga kami di Unit Rendah yang mengurus data pendidikan wajib,data operasi rendah (DOSR), data e-gtukar dan data eperlu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kerana kecekapan dan peranan yang dimainkan oleh Pengurus Sekolah Rendah Terengganu sehinggakan data-data tersebut antara terdahulu dan mendapat pujian Kementerian Pelajaran Malaysia. Kita berharap mercu tanda ini dapat dikekalkan untuk masa-masa akan datang agar sekolah rendah Terengganu kita terutamanya sentiasa menjadi terunggul, terkini dan terbilang.
Tuesday, October 25, 2011
Sunday, October 23, 2011
Majlis Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama-sama Pengetua dan Guru Besar ..
Pengarah Pelajaran Terengganu bersama
Pengetua dan Guru Besar pada tahun lepas
Semua Pengetua Sekolah Menengah Negeri Terengganu
Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Terenggannu
Majlis Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Bersama-sama Pengetua dan Guru Besar bagi Tahun 2011 akan diadakan sebagaimana berikut:-Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Terenggannu
- Tarikh : 31 Oktober 2011
- Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Tempat: Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Mesyuarat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Terengganu
KUALA TERENGGANU - Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Pengurusan SPS yang dipengerusikan oleh En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah. Semua pegawai dan kakitangan Sektor Pengurusan Sekolah dari Unit Menengah, Rendah, Pra Sekolah dan Perhubungan hadir mesyuarat berkenaan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda ,JPN Terengganu.
Dua perkara besar dibincangkan iaitu Perhimpunan Bulanan JPN Bulan Oktober yang akan diadakan pada 25 Oktober 2011 dan diurusetiakan oleh SPS serta Majlis Pengarah Bersama-Sama Pengetua dan Guru Besar pada 31 Oktober 2011 yang akan diadakan di Terengganu Equastrian Resort (TER). Mesyuarat hari ini membincangkan kedudukan jawatankuasa dan persiapan yang perlu dilakukan menjelang kedua event berkaitan.Pada 25 Oktober 2011 kebanyakan pegawai dari Unit Rendah dan Menengah tiada di pejabat kerana terlibat dengan satu mesyuarat penting di Kuantan, Pahang. Ketua Sektor berharap dengan persiapan rapi tidak ada masalah akan timbul yang boleh menjejaskan imej SPS.
Dalam mesyuarat hari ini juga Ketua Sektor menyampaikan sijil Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 kepada tiga orang penerima dari SPS. Mereka ialah;

- En. Salim bin Ab. Ghani - KPP Sektor Pengurusan Sekolah
- En. Rahim bin Sulaiman - Penyelia Kanan Pengurusan Murid Menengah
- Pn. Norizan bt. Abdullah - Pembantu Tadbir, Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah
Saturday, October 22, 2011
2,642 orang guru UPSR Terengganu terima laptop
KUALA TERENGGANU - Pendidikan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Justru berbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan agar guru yang diberi tanggungjawab mendidik anak bangsa berupaya membina tamaddun dan mampu bersaing. Beliau berharap melalui pembudayaan ICT di kalangan pendidik dan pelajar ianya mampu mengubah cara berfikir dan budaya landskap pendidikan negeri ini.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyerahan Laptop kepada Guru-Guru UPSR Terengganu di Wisma Darul Iman pagi tadi. Seramai 2,642 orang Guru UPSR Terengganu menerima laptop daripada Menteri Besar Terengganu yang bernilai hampir RM3.7 juta. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Setiuasaha Kerajaan Negeri, Exco dan Timbalan Exco Pelajaran Negeri Terengganu, Pengarah dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelajaran Negeri serta Pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri.
Tiga tahun yang lepas kerajaan negeri telah memperkenalkan e-book kepada murid-murid tahun 6. Biarpun terdapat pandangan dan tohmahan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Haji Ahmad bin Said secara konsisten meneruskan program berkenaan dan di jangka menjelang akhir tahun ini sebanyak hampir seratus ribu ebook diagihkan kepada pelajar.Keyakinan kerajaan terhadap peri mustahaknya penguasaan ict maka sistem pembelajaran kelas maya telah dilaksanakan di beberapa buah sekolah di negeri ini dan bakal di perluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri pada tahun depan.
Sesungguhnya warga pendidik dan pelajar negeri ini amat bertuah berbanding dengan negeri lain kerana keperihatinan dan kecaknaan sebegitu rupa daripada kerajaan dan pimpinan negeri Terengganu. Pelaburan besar ini mestilah dibayar dengan keupayaan untuk terus cemerlang dan terbilang dalam pendidikan di negara ini. Terengganu mesti mampu melahirkan tenaga manusia yang berkompetensi dari segi ilmu, kemahiran dan nilai. Tugas besar ini diamanahkan kepada pendidik sebagai arkitek bangsa agar hasrat kerajaan negeri menjadikan "Terengganu sebagai Anjung ilmu" akan menjadi kenyataan. Kita amat yakin guru Terengganu amat tahu bersyukur dengan menterjemahkan rasa syukur ini menunaikan amanah mendidik dengan penuh keinsafan dan penuh iltizam.

Friday, October 21, 2011
Renungan Jumaat : Kisah Segelas Susu
Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.
Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.
Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.
Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.
Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.
“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.
Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan”
Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,”kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.
Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.
Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.
Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata,” Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan,”
Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.
Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.
Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.
Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…
—————————————
“Sudah DiBayar Dengan SeGelas Susu.”

ehsan : teh secawan.blogspot
Thursday, October 20, 2011
Penyampaian Surat Penempatan Guru Baru
KUALA TERENGGANU - Seramai 21 orang guru baru lulusan KPLI Ambilan 2010 Sekolah Rendah telah ditempatkan di Terengganu. Seramai 20 dari mereka telah melapor diri dan menerima surat penempatan daripada En. Hashim bin Mohd Zin, Timbalan Pengarah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu hari ini.
Majlis penyerahan surat penempatan tersebut turut dihadiri oleh pegawai dari Unit Sekolah Rendah dan semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD . Sebelum itu taklimat Pengurusan Orientasi Pembangunan Guru Baru dan Motivasi telah disampaikan oleh En. Kamal Abdullah, Penolong Pengarah Guru SR dan En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan, Unit Sekolah Rendah.
En. Hashim Mohd Zin, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucapannya sebelum itu berharap guru-guru yang ditempatkan hari ini sebenar-benar berminat menjadi guru dan mana-mana yang kurang minat berharap mengubah pandangan terhadap kerjaya guru setelah menerima latihan. Beliau juga mengingatkan guru baru agar menghayati filosofi "guru" itu sendiri sebagai g=guna u=untuk r=rakyat u=umum yakni sebagai agen pembina tamaddun bangsa dan perubahan masyarakat. Sehubungan itu guru mesti bersedia menghadapi cabaran perubahan yang berlaku dengan menguasai dan memiliki kompetensi ilmu, kemahiran dan nilai pegangan yang positif.
Beliau juga berpesan agar sentiasa berusaha menjadi guru yang disayangi murid. Mereka harus boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan berusaha gigih menempatkan diri agar menjadi guru yang berkesan berasaskan kompetensi yang disebut tadi. Selain dari itu, beliau berharap para guru sentiasa berusaha menggunakan peluang dalam peningkatan kerjaya dan pengetahuan dengan menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi menguasai dan memiliki perubahan-perubahan pada masa depan.
Selamat Bertugas kepada guru baru dan "sesungguhnya tidak ada sekolah yang tidak sesuai untuk guru "

Subscribe to:
Posts (Atom)