KUALA TERENGGANU: Tiada pelajar di Terengganu yang terlibat dalam
mana-mana kumpulan kongsi gelap atau gangsterism setakat ini, demikian
tegas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin
Ali Hussin.
Beliau berkata setakat ini, jabatan tidak pernah menerima laporan
berhubung penglibatan pelajar Terengganu dalam kumpulan kongsi gelap.
“Kesalahan yang dilakukan pelajar Terengganu setakat ini hanya
berkaitan masalah disiplin dan ia masih dalam keadaan yang sangat
terkawal.
“Peranan guru disiplin dan guru kaunselor di semua sekolah di
Terengganu setakat ini berjaya mengekang aktiviti seumpama itu,”
katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah
Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016 yang disempurnakan Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi
Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman di sini.
Mengulas lanjut, Shafruddin berkata pihak sekolah sentiasa proaktif
dan setiap kesalahan pelajar akan direkodkan seterusnya diberi
kaunseling agar perkara itu tidak terus berulang.
“JPNT sangat peka dengan perkara seperti ini, sebab itu semua
kesalahan pelajar akan direkodkan oleh guru disiplin dan guru kaunselor
pula memastikan pelajar tersebut tidak tersasar jauh dari matlamat
sebenar mereka sebagai pelajar.
“Secara tidak langsung masalah disiplin di Terengganu akan terkawal
begitu juga penglibatan murid-murid dalam kegiatan gangsterisme, setakat
ini tak pernah lagi berlaku perkara yang melibatkan gangsterisme secara
besar-besaran di negeri ini,” katanya.
Hubungan rapat antara sekolah, ibu bapa, komuniti setempat serta
pelajar juga sentiasa dipupuk untuk mengelak kegiatan seperti itu dan
bersama-sama memfokuskan kejayaan pelajar dalam pelbagai bidang
akademik, sukan dan kokurikulum, katanya.
sumber
baguslah gitu...sekarang ni risau macam-macam kes budak sekolah ni
ReplyDelete