Beberapa detik lagi kita mula melangkah ke tahun baru 2015. Melangkah ke tahun baru bukan bermakna segala urusan 2014 mencapai KPI dan dilaksanakan dengan sempurna. Mungkin banyak lompang yang perlu ditampung dan ditambahbaik untuk mendapat hasil yang lebih baik.Namun kadang-kadang untuk memenuhi perkara-perkara sedemikian kita terpaksa membayar harga yang mahal.
Demikianlah
juga dengan kewujudan blog Unit Sekolah Rendah ini. Ia memasuki tahun kelima
dan sama ada ianya terus relevan atau tidak sama-sama kita lihat nanti. Antara
tujuan utama pengujudan blog ini bukan sahaja memberi pelbagai info kepada kaum
guru sekolah rendah termasuk pengurusan tetapi juga merapat dan membina
hubungan spiritual yang baik antara jabatan dan warga guru di sekolah. Ada
sesetengah pihak mendakwa dulu mereka merasa terasing, gerun dan jauh sekali
untuk berhubungan dengan jabatan terutama dengan pegawai-pegawai di Unit
Sekolah Rendah.
Badi dan
“kial” itu semakin berkurangan. Justru kerana terasa guru-guru amat dekat di
hati maka perkara-perkara yang dianggap “sulit” sebelum ini turut kita
kongsikan dengan warga guru . Isu-isu naik pangkat, pertukaran dan penempatan
Guru Besar dan GPK kita publish untuk dikongsi dengan guru. Kita tidak fikir
langsung risiko dan akibat. Namun
sebagai manusia ada sedikit sebanyak kesilapan melaksanakan kerja
sukarela ini.
Kesilapan
itu kadang-kadang diperbesar dan diviralkan bukan oleh orang lain tapi oleh
warga guru juga. Satu trend baru melanda kita " kesilapan tidak seronok ditegur tapi seperti merasa bangga dan gah boleh disebarkan. Begitu juga jika yang lurus dan benar mampu dibengkokkan ia adalah seperti satu kebanggaan dan kejayaan'. Kami masih masih ingat Cheng SK setahun dua dahulu selalu menegur jika kami tersilap atau membuat perkara yang kontraversi.Inilah sikap yang patut ada dalam jiwa kerabat guru kita..
Setiap kali disentuh isu naik pangkat pasti ada guru-guru yang
tidak berpuashati membuat kritikan dan tuduhan di ruang chat box. Sementara
isu-isu berkaitan dengan
kerjabuat tidak dipeduli manapun tetapi jika isu sensasi hitnya sangat tinggi.
Kami sebagai admin dapat mengetahui berapa ramai orang mengunjung dan membaca
tiap-tiap artikal yang dipostkan. Pastinya yang sensasi mendapat rating dan hit tertinggi. Itulah budaya pemikiran orang kita dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Mereka suka perkara sedemikian bukan yang mencabar pemikiran.
Perkara-perkara
sedemikian kadang-kadang mengecewakan kami. Memang kami tidak mengharapkan pujian dan
sanjungan tetapi setidak-tidaknya berterima kasihlah. Itu juga antara faktor mengapa tahun ini blog
ini agak malap. Kita menerima cadangan pelbagai perkara bila posting berkaitan
pertukaran dihentikan. Ramai yang frust dan kecewa. Kita yang memulakan posting
itu lagi kecewa kerana kunci orang hadir melihat blog adalah posting itu salah
satunya. Seorang Guru Besar pernah berkata kepada saya “ Kurang dah orang masuk
blog kerana post pertukaran sudah tiada”
Selain
dari itu perkembangan facebook, whatsapp , telegram dan sebagainya menjadikan
blog sudah kurang popular ditambah dengaan budaya malas membaca di kalangan
masyarakat termasuk guru-guru kita sendiri. Semua media sosial bergerak pantas
di hujung
jari
dengan menggunakan telefon pintar. Namun blog hanya mampu dikemaskini dengan
ipad atau laptop. Semuanya menjadi lambat dan seakan ketinggalan zaman.
Kita tidak
pasti adakah blog ini diperlukan atau tidak di masa depan dengan pelbagai
perkembangan baru. Dengan saluran alternatif yang pelbagai maka blog ini bukan
lagi saluran komunikasi berkesan antara guru di sekolah dengan pihak jabatan
khususnya di Unit Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun kami akan mengkaji dari pelbagai sudut agar ianya memberi makna dan impak. Kita memerlukan pandangan positif khususnya dari kerabat kita para guru.
Kita
doakan semoga sesi persekolah 2015 akan berjalan lancar dan semua kepimpinan
sekolah dapat diisi . Kita amat bersimpati dengan sekolah yang tenggelam kerana
banjir dan menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir. Kita yakin
kerjasama yang erat antara warga sekolah bagi menangani masalah berkenaan dengan sebaik mungkin.
Di
kesempatan ini juga kami mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika
sepanjang berurusan dengan kami para pegawai dan pembantu tadbir sepanjang
tahun 2014 berlaku kekasaran bahasa dan
tuturkata yang mengguris rasa para klien kita. Kami juga manusia biasa yang
kadang-kadang berada dalam tekanan. Marilah kita sama -sama berazam untuk memastikan Tahun 2015 menjadi lebih baik. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment