Kementerian Pendidikan telah meluluskan pelaksanaan pengisian jawatan barisan hadapan kepimpinan sekolah antara negeri mulai tahun 2015. Setakat ini perjawatan Guru Besar dan Pengetua dilaksanakan. Negeri-negeri yang tidak cukup calon akan menerima calon barisan hadapan dari negeri lain agar tidak ada Pengetua dan Guru Besar kosong di mana-mana sekolah. Ini juga merupakan amalan biasa bagi perkhidmatan awam khususnya bagi kenaikan pangkat.
Keadaan ini terjadi bila mana stok calon seluruh negara mencukupi namun taburan antara negeri tidak seimbang apabila syarat kelayakan baru Pengetua dan Guru Besar diperkenalkan. Di mana dalam syarat baru ini calon Pengetua dan Guru Besar mesti lulus dalam NPQEL, mempunyai tiga tahun pengalaman pentadbiran serta mencapai tahap dalam pentaksiran dan juga temuduga.
Ada segelintir yang beranggapan bahawa dasar ini menyekat peluang anak negeri. Sewajarnya perkara ini tidak timbul jika guru-guru di sesebuah negeri bersedia untuk memajukan kerjaya kerana kursus NPQEL / NPQEH telah dilaksanakan berbelas tahun dahulu. Mengapa sebilangan Guru Penolong Kanan misalnya tidak atau sedikit sahaja yang memohon. Ruang ketidakcukupan calon akan menjadi lebih besar bilamana ada guru berpengalaman pentadbiran dan ada NPQEL tidak berminat lagi menjadi Guru Besar atau berkhidmat di PPD atau JPN atau "menyembunyikan diri" atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu siapa sebenarnya yang menyekat peluang dan menzalimi diri sendiri kalau bukan kita sendiri.
Kita juga tidak nafikan "mistake" juga berlaku di pihak yang memilih dan menguruskan NPQEL kerana
Guru Penolong Kanan yang memohon tidak dapat tapi guru biasa yang tiada pengalaman dapat. Di Terengganu kita ada tiga puluh orang lebih lulusan NPQEL yang tidak layak ataupun belum cukup syarat pengalaman pentadbiran. Saya cadangkan jika mereka dah ada NPQEL dan ada DG41(KUP) hingga DG44(KUP) perlu dibuka fexli Guru Penolong Kanan untuk mereka dapat pengalaman tiga tahun bagi yang layak. Selepas itu mereka boleh memohon untuk Guru Besar. Kita harap jika perkara ini berlaku mereka perlu diberi keutamaan.
Baru akhir-akhir ini kita nampak permohonan untuk kursus NPQEL mendadak naik tapi ramai yang tidak tahu mereka dipanggil temuduga. Kita harap kelemahan dalam pengurusan kursus NPQEL jika ada diberi perhatian agar dalam jangka masa panjang perpindahan antara negeri dalam pengisian naik pangkat pentadbir sekolah tidak perlu dilaksanakan lagi. Utamakan kursus ini khas untuk calon Guru Besar dan Pengetua sahaja.
Sehingga tamat kursus NPQEL sesi 1/2015 dan sedikit calon jika matang tempoh khidmat pentadbiran maka kita ketiadaan calon bagi negeri ini. Ini bermakna hingga Jun atau Julai kita akan menerima Guru Besar dari negeri lain jika mereka mempunyai stok seperti SK Wakaf Mempelam, SK Darat Batu Rakit, SK Seri Langkap , SK Chung Hwa Wakaf Tapai dan SK Sin Chone Dungun sekarang.
Dan apakah yang berlaku dalam pengisian Guru Besar juga akan berlaku dalam pengisian Guru Penolong Kanan. Keinginan para guru untuk mengisi jawatan Guru Penolong Kanan merudum teruk dengan adanya gred DG34(KUP) dan persepsi banyak kereja jadi Guru Penolong Kanan. Ramai yang menunggu peluang itu dari menawarkan diri untuk jadi Guru Penolong Kanan. Oleh yang demikian, kita buka permohonan untuk menjadi GPK sepanjang masa bagi Guru Penolong DG32(KUP). Boleh terus mohon ke PPD masing-masing untuk pengisian borang dan proses temuduga. Jika ada mendakwa banyak GPK tidak boleh diisi di daerah mereka itulah petanda tiada calon yang memohon.
Nanti jika KPM hantar calon dari negeri lain untuk isi jawatan GPK maka kita kata menutup peluang calon untuk anak negeri. Walhal kita yang sengaja membuka peluang untuk orang lain kerana kurangnya semangat dan lemah untuk menghadapi cabaran walaupun peluang di depan mata. Selayaknya orang lain yang memimpin dari melantik pemimpin yang lemah, penakut dan hanya tahu menunggu.
Kesilapan sebenarnya adalah dipihak kementerian sendiri. Guru2 yg menyambung pengajian ke peringkat ijazah sejak tahun 2000 sehingga ke tahun 2013 dinafikan hak utk memohon kenaikan pangkat. Kini guru2 tersebut berumur 50 an dan telah hilang selera dan tidak mau berebut dgn guru yg berumur 30an kerana menganggap segalanya telah terlewat. Bersara awal adalah jalan terbaik.
ReplyDeleteGuru2 ini yg layak jika dilantik ke penolong kanan 5 tahun yg lalu masalah ini tdk akan timbul. Sekarang ni mereka masih mnjdi guru biasa jd tiada pengalaman pentadbiran peluang mrk sekali lg tertutup. Kasihan. Ada antara mrk yg sangat layak.
DeleteJgn salahkan guru.di sekolah rendah brp kerat saja guru dg32?selebihnya dg 34 hingga 48.mereka tak layak pegang jawatan gpk.mengapakah pihak atasan tak nmpk isu ini atau saja buat2 tak nmpk.jgn guru dipersalahkan jika dasar masih ditakuk lama.cuba lihat di selagor.dg41 dan 44 layak memegang jwtn gpk.mengapa kita tidak.kita tunggu kelulusan jpa.mengapa selagor tidak?selagi kita tidak mengubah selagi itu kita bermasalah.
ReplyDeleteJgn salahkan guru.di sekolah rendah brp kerat saja guru dg32?selebihnya dg 34 hingga 48.mereka tak layak pegang jawatan gpk.mengapakah pihak atasan tak nmpk isu ini atau saja buat2 tak nmpk.jgn guru dipersalahkan jika dasar masih ditakuk lama.cuba lihat di selagor.dg41 dan 44 layak memegang jwtn gpk.mengapa kita tidak.kita tunggu kelulusan jpa.mengapa selagor tidak?selagi kita tidak mengubah selagi itu kita bermasalah.
ReplyDeleteHantar lah guru besar bukan saja dari negeri lain dari negara lain pun tak pe. Kami sedia menurut perintah.
ReplyDelete