SK Mak Lagam pagi tadi
Hari ini hari pertama dan minggu pertama Persekolahan 2015 bagi negeri Terengganu, Kedah, Kelantan dan Johor setelah pembukaan sesi persekolahan 2015 tertangguh akibat banjir khususnya yang melanda Terengganu dan Kelantan. Menurut Dato' Seri Dr Khair bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia "penangguhan ini adalah setelah mengambilkira semua keadaan dan kesukaran semuan pihak akibat bencana banjir". Beliau juga menjelaskan penangguhan tidak mengganggu sistem persekolahan tahun 2015 termasuk bilangan hari persekolahan sekurang-kurangnya 190 hari.
SK Pasir Gajah yang turut tenggelam baru-baru ini
Kita sangat bersimpati dengan sekolah yang terlibat dengan banjir sama ada sebagai pusat pemindahan sementara ataupun turut tenggelam dengan musibah banjir. Kita sangat faham bagaimana gusar dan kalutnya pemimpin sekolah berkaitan membuat persediaan "first day first bell and the first lesson". Walau bagaimanapun kita sangat bangga dengan semangat sukarelawan agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam membantu sekolah-sekolah terlibat mempersiapkan diri.
SK Padang Kubu pada 8 Januari 2015
Jabatan Pendidikan Terengganu, PPD dan sekolah-sekolah yang tidak terlibat menghantar pasukan membantu membersih dan mengemaskan sekolah-sekolah pusat pemindahan dan yang ditenggelami banjir dengan kerjasama pelbagai ngo. Semangat setiakawan dan persaudaraan ini amat disanjung supaya anak-anak terlibat dengan banjir dapat akses pendidikan yang sama dan sempurna pada hari pertama dan minggu pertama persekolahan. Tentunya nilai ini diperhati dan dihayati oleh murid-murid agar semangat cintakan sesama warga, simpati, empati, kerjasama menebal dalam jiwa mereka.
SK Padang Kubu pagi tadi
Bagi kita di Terengganu alhamdulillah semua sekolah rendah dan menengah dapat beroperasi pada hari ini walaupun sehari dua lepas beberapa buah sekolah rendah ditenggelami. Mungkin kesiapsiagaan sekolah dengan situasi ini telah mempermudahkan urusan pengurusan banjir dan pembukaan sekolah. Tahniah kita ucapkan kepada pengurus-pengurus dan guru-guru sekolah terlibat.
Walaupun kita menghadapi sedikit kesukaran dalam pembukaan sekolah pada tahun ini tetapi berkat kegigihan dan kesabaran serta kerjasama semua pihak sekolah dapat beroperasi dengan baik. Semangat inilah kita harap dapat diterap dalam jiwa murid-murid kita. Kita berdoa semoga pendidikan Terengganuakan terus terbilang untuk 2015.
Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada KPM, JPNT, PPD Kemaman, NGO-NGO, KKTM Kemaman, Guru-guru, staf dan pekerja swasta SK Mak Lagam yang sudi membantu membersihkan sekolah selepas banjir tahun lepas. Sesi persekoahan berjalan dengan lancar pada hari pertama persekolahan - 11 Januari 2015.
ReplyDelete