KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan telah mengambil inisiatif mengadakan taklimat kepada wakil-wakil PPD, Pengetua, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah-sekolah yang dicalonkan SKK Fasa 9 hari ini. Taklimat berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Anjung Ilmu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Proses pencalonan SKK telah bermula dengan kerjasama Jawatankuasa Sekolah Kecemerlangan dan PPD mengenal potensi sekolah-sekolah dalam daerah masing-masing. Sekolah-sekolah ini mestilah melepasi syarat generik yang ditetapkan. Pihak Jawatankuasa kemudian memberi taklimat persediaan pencalonan kepada sekolah-sekolah berkenaan. Mereka dikehendaki menyediakan borang pencalonan, profil sekolah, folio, slaid pencalonan, slaid pembentangan dan dokumen-dokumen berkaitan.
Satu panel dibentuk bagi meneliti dokumen pencalonan dan menyenarai pendek sekolah yang memenuhi kreteria terutama sekolah-sekolah yang di bawah projek ke arah SKK. Dokumen pencalonan dikemaskini dan pembentangan peringkat kementeriaan dilaksanakan. Sekolah-sekolah inilah calon terakhir untuk verifikasi SKK.
Taklimat berkaitan verifikasi SKK meliputi pelbagai persediaan sebelum, semasa dan selepas verifikasi yang akan dilaksanakan oleh pasukan khas Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Hari ini calon-calon diterangkan bagaimana persediaan harus dibuat dan bagaimana verifikasi dilaksanakan. Selain itu, Tuan Haji Abd. Rahman Sardar, Guru Besar SBT SK Tengku Mahmud Besut yang mempunyai pengalaman luas dalam verifikasi SKK,SBT dan Baiah telah sudi berkongsi pengalaman dengan para peserta.
Difahamkan proses verifikasi dijangka diadakan pada 29 September hingga 17 Oktober 2014 depan. Sementara itu pihak Jawatankuasa meminta PPD dengan kerjasama Pengetua dan Guru Besar SKK dan SBT dalam daerah mereka dapat membantu sekolah-sekolah calon dalam daerah membuat persediaan. Sementara bagi daerah yang tiada sekolah SKK dan SBT dan sekolah fokus Jawatankuasa akan menyediakan jadual bimbingan bagi membolehkan pegawai membuat pemantauan dan bimbingan.
Kita berharap melalui pendekatan ini semua sekolah yang telah melalui proses pencalonan ini memahami,menghayati dan melaksanakan konsep SKK secara berterusan serta mahir dengan kaedah verifikasi yang dilaksanakan oleh JNJK. Nanti kita harapkan bilangan SKK negeri akan dapat ditingkatkan.
Bahan Taklimat . Muatturun DI SINI
No comments:
Post a Comment