Semua Guru
Penolong/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 (KUP) Time Based yang
berkelayakan dipelawa memohon. Pemohon
yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Pegawai Perkhdmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 (KUP) sahaja dan belum dilantik untuk DG34 (KUP) atau dilantik DG41/ DG42 pada tahun 2015
- Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/ Pengelola,
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
- Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2011,2012 dan 2013
- Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran sama ada sebagai Guru Penolong Kanan lantikan sekolah/ Guru Data/ Guru Disiplin/ Guru Kanan Mata Pelajaran/ Guru Penyelaras Bestari/ Guru Media/ Guru Kelas/ Penyelaras Peperiksaan
- Bebas dari tindakan Tatatertib
- Telah mengistiharkan harta,
- Bersedia untuk ditukarkan,
- Diperaku oleh Ketua Jabatan.
Untuk
makluman, semua pemohon diwajibkan
menggunakan Borang Khas yang disertakan bersama ini serta
diperaku oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Ketua Jabatan/
Pengetua/ Guru Besar hendaklah memaklumkan kepada semua guru yang berkelayakan,
menyemak ketepatan maklumat pemohon, membuat perakuan dan menghantar semua
borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap berserta rumusan ringkas
senarai pemohon ke Pejabat Pendidikan
Daerah masing-masing (u.p: Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah) pada atau
sebelum 30 Oktober 2014.
No comments:
Post a Comment