DOA
IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya
Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami
mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu
ya Allah.
Ya
Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa
saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua
kaum muslimin dan muslimat.
Ya
Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan
urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai
Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal
ibadah yang diterima Mu.
Ya
Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan
hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar
apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana
Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya
Allah,
Kami
mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru
mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk
menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya
Allah,
Tidak
lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah
anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya
Allah,
Peliharalah
kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika
menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap
soalan sepertimana skema jawapan.
Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah
hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati
dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya
daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya
Allah,
Berilah
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi
hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah
anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak
kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang
baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah
dalam diri mereka.
Ya
Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang
bertakwa.
Ya
Allah,
Apa
yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka
kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya
Allah,
Sesungguhnya,
anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu
mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu
yang berkekalan ya Allah.
Ya
Allah,
Jadikanlah
anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya
Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka
untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke
neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah
Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya
Allah,
Kami
tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan
anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya
Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau
redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau
murkai.
Ya
Allah,
Perkenankanlah
doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu
kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak
memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya
Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
sumber : dari group wassapp kamilian stpm1982
No comments:
Post a Comment