Thursday, July 10, 2014

Jangan lepas peluang bagi yang berkelayakan untuk Urusan Pengisian Guru Besar selepas Julai 2014.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini bahawa KPM telah mengeluarkan surat mengenai dua urusan pengisian Guru Besar Tahun 2014 .

Urusan Pertama :

Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44/DG48 (exPPPLD) Bagi Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DG32 dan DG34 Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Urusan Kedua:

Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred yang dinaikkan pangkat secara Time Base gred  DG32(KUP) dan DG34(KUP) berasaskan Kecemerlangan (TBBK)  Bagi Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DG32 dan DG34 Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)" 

Mengikut siaran berkenaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana di atas yang ingin memohon perlu memenuhi antara syarat khusus antaranya pegawai berkenaan telah lulus NPQEL/NPQH dan mempunyai pengalaman bertugas dalam pentadbiran selama 3 tahun sama ada sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang/Guru Penolong Kanan/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/IAB/IPGM/KP.

Maklumat dan permohonan KLIK

4 comments:

  1. Guru-guru yang hebat, buktikan anda mampu menjadi pelapis kepada GB yang akan bersara. Sekiranya selama ini Sekeping Ijazah Pertama itu menjadi kebanggaan tuan-tuan, kerana GB hanya SPM....Tunjukkan...jangan lagi merapu menyalahkan orang lain...

    ReplyDelete
  2. Lihatlah, jika pelantikan GB tidak teliti, terdiri daripada mereka yang nak ke jawatan saja, pengampu pengarah/ppd, kerana ada DG 41/DG 44, tunggulah kehancurannya. KPM jangan terbawa-bawa kepada perubahan DG. Lihatlah kepada kelayakan seseorang itu. Bukan NPQEL/NPQH ada, dia dah layak jadi GB. Ramai lagi DG 32, DG 34 dan DG 38 yang tidak ada NPQEL / NPQH layak jadi pemimpin sekolah. Jangan hadkan kerana tidak ada NPQEL/NPQH tidak boleh memohon jadi GB. Teruskan semua boleh memohon, tetapi penilaian temuduga yang menentukannya kelayakan seseorang GB.

    ReplyDelete
  3. Betul semua layak tetapi apabila NPQEL dijadikan syarat khas bersama laporan kesihatan dan juga pentaksiran setiap pemohon mesti membuat persediaan. Mmg benar NPQEL sahaja tidak cukup jika sakit keronik atau tidak perform temuduga atau pentaksiran. Isu selama ini GB tidak perform kerana sakit, tiada ilmu, komitmen rendah dan sebagainya. Syarat itu diperkenalkan. Siapa nak, rebut dan lengkapkan diri bahkan kami seru sejak 2009 dan 2010 lagi melalui blog ini.

    ReplyDelete