Hunan (China) – Seorang murid mendapat pujian melangit daripada
pengguna Internet di China apabila kisahnya menggendong rakan sekelasnya yang
lumpuh akibat penyakit polio untuk ke sekolah selama empat tahun tersebar.
Sejak berusia sembilan tahun, murid berkenaan, He Qin-jiao, 13
menggendong rakan sekelasnya, He Ying-hui setiap hari ke sekolah.
He bertindak demikian kerana keluarga Hui tidak berupaya untuk
berbuat demikian.
Tanggungjawab berkenaan dilaksanakan He sehingga akhir tahun lalu
apabila rakan sekelasnya menerima kerusi roda daripada kerajaan tempatan.
Walaupun selepas Hui menerima kerusi roda itu, He masih bangun
seawal enam pagi setiap hari dan bergegas ke rumah rakannya untuk membantunya
duduk di atas kerusi roda dan menolaknya ke sekolah.
Apabila tiba di sekolah, He akan menggendong Hui di belakangnya
untuk naik ke kelas mereka yang berada di tingkat dua.
Kedua-dua pelajar ini akan menamatkan sekolah rendah tidak lama
lagi.
Bagaimanapun, menurut He, dia akan tetap menjaga rakannya itu apabila
mereka memulakan sekolah menengah tahun depan.
Sumber: myneweshub
No comments:
Post a Comment